Permohonan Bantuan Khas (ANIS) kini dibuka sehingga 31 Mei 2024, mereka yang menepati kriteria kelayakan boleh memohon. Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini adalah merupakan salah satu insentif yang dilaksanakan pada bulan Mei 2024.
PERMOHONAN BANTUAN KHAS (ANIS)
Di dalam usaha pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bagi meringankan beban rakyat, satu program bantuan telah dilancarkan pada bulan ini. Program Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor atau ANIS ini adalah berbentuk bantuan kewangan.
Kerajaan negeri telah mengumumkan permohonan program bantuan ANIS ini akan ditutup pada hujung bulan Mei ini. Peruntukan bagi bantuan istimewa ini adalah berjumlah RM1,000 yang akan memberi manfaat kepada rakyat.
Kadar bayaran bantuan yang ditawarkan adalah dari RM1,000 sehingga RM5,000 secara one-off. Dengan adanya insentif seperti ini dapat membantu mengurangkan beban rakyat terutama yang memerlukan.
KADAR BAYARAN BANTUAN KHAS (ANIS)
Pemberian bantuan khas (ANIS) ini diberikan pada kadar jumlah RM1,000 sehingga RM5,000. Pecahan bayaran mengikut kategori kelayakan seperti berikut :
- Kategori A (RM1,000) : Pendidikan (Kelas khas dan sesi terapi)
- Kategori B (RM1,200) : Ubat-ubatan (Keperluan khas dan makanan tambahan)
- Kategori C (RM5,000) : Peralatan dan perubatan (pembedahan).
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS (ANIS)
Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri bagi program bantuan ANIS seperti :
- Warganegara Malaysia
- Keluarga yang mempunyai anak (penerima manfaat) berumur 18 tahun dan ke bawah
- Ibu/ bapa/ penjaga adalah pengundi Selangor.
PANDUAN CARA MOHON BANTUAN ANIS 2024
Bagi mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan bantuan khas ini boleh dikemukakan secara dalam talian. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – ANIS 2024
Setiap pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan urusan semakan permohonan seperti :
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan ibu bapa
- Dokumen sokongan yang berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.