MySTR 2024 : Jadual Bayaran Bantuan Tunai Mengikut Fasa
MySTR 2024 : Jadual Bayaran Bantuan tunai mengikut fasa telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada sidang Belanjawan tahun ini. Seperti yang telah dimaklumkan, pembayaran bantuan tunai STR pada tahun ini akan disalurkan secara berperingkat.
MYSTR 2024 : JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI
Kerajaan telah memperkenalkan sebuah program inisiatif yang diberi nama sebagai Sumbangan Tunai Rahmah atau STR pada tahun lalu. Atas keprihatinan, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan perlaksanaan program bantuan kewangan STR pada tahun 2024.
Lebih menarik adalah jumlah keseluruhan bayaran STR telah dinaikkan kepada RM3,700 berbanding tahun lalu berjumlah RM3,100. Terdapat 3 kategori utama yang terlibat menerima insentif ini iaitu bujang, warga emas dan isi rumah.
Bayaran bantuan tunai MySTR pada tahun ini akan disalurkan berperingkat mengikut fasa pengagihan seperti berikut :
- Pembayaran MySTR Fasa 1 : Bermula 29 Januari 2024 (Agihan selesai)
- Pembayaran MySTR Fasa 2 : Bermula 5 April 2024 (Agihan selesai)
- Pembayaran MySTR Fasa 3 : Bulan Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
- Pembayaran MySTR Fasa 4 : Bulan November 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
JUMLAH BAYARAN MYSTR 2024 MENGIKUT KATEGORI
Untuk penjelasan ringkas, kadar jumlah bayaran STR adalah berbeza mengikut kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak. Bagi kategori isi rumah B40, jumlah bayaran adalah dari RM1,000 sehingga RM2,500.
Kategori isi rumah M40, jumlah bayaran adalah dari RM500 sehingga RM1,250, kategori isi rumah ditentukan mengikut pendapatan dan bilangan anak. Bagi kategori bujang pula dapat RM350 dan warga emas tiada pasangan berjumlah RM600.
Jumlah bayaran diatas akan diberikan melalui 4 fasa pembayaran mengikut amaun yang telah ditetapkan pihak kerajaan. Dengan adanya insentif STR ini dapat memberi manfaat kepada sekitar 9 juta penduduk Malaysia pada tahun ini.
SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR 2024
Kerajaan telah membuat permohonan baharu dan pengemaskini maklumat terkini berkenaan STR untuk rakyat Malaysia. Untuk semakan status bayaran atau kemaskini, sila layari laman rasmi bantuan tunai – MYSTR
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan bagi menangani masalah kewangan rakyat yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – Rujuk Disini untuk ketahui info lengkap.