EKasih 2024 : Panduan Daftar dan semakan status bantuan yang ada kini boleh dilakukan oleh rakyat secara dalam talian. Untuk makluman, portal rasmi ekasih adalah sebuah laman yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksanakan dan memantau program kemiskinan di dalam negara.
SISTEM EKASIH 2024 : PANDUAN
Bagi pengetahuan umum, sistem khas ini bertujuan menyokong kementerian atau agensi di bawah kerajaan yang berkepentingan dalam usaha membasmi kemiskinan rakyat. Dengan adanya portal sistem seperti ini dapat dilakukan dengan lebih tepat dan berkesan.
Laman ekasih ini merupakan sebuah sistem pengkalan data bersepadu keluarga miskin yang diwujudkan bagi peringkat nasional. Sistem ini membantu merancang serta memantau program kemiskinan dalam negara Malaysia.
Antara maklumat data ekasih yang ada disimpan adalah seperti :
- Profil individu
- Agensi pemberi bantuan
- Bantuan yang akan diterima
- Pendaftaran permohonan bantuan
- Pemantauan keberkesanan bantuan yang diberikan.
Komponen yang ada dalam data ekasih terdiri daripada maklumat terkini ketua isi rumah (KIR) dan Ahli isi rumah (AIR) seperti dibawah :
- Maklumat peribadi asas
- Maklumat kediaman isi rumah
- Maklumat lokasi
- Maklumat pendidikan
- Maklumat pemilikan harta
- Kemahiran dan pekerjaan
- Butiran kesihatan
- Maklumat senarai bantuan.
SENARAI BANTUAN YANG ADA DALAM EKASIH 2024
Bagi pengetahuan umum, kepada mereka yang tersenarai dalam data ekasih, secara automatik mereka boleh mendapatkan pelbagai insentif bantuan seperti di bawah :
- Sumbangan Asas Rahmah (MySARA) : Kadar bantuan sehingga RM1,200
- Bantuan insentif isuri KWSP
- Bantuan tambahan warga emas dan ibu tunggal
- Bantuan anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU)
- Bantuan persekolahan sesi tahun ini.
PANDUAN DAFTAR & SEMAKAN STATUS EKASIH 2024
Kepada mereka yang berada dalam golongan kurang berkemampuan, pendaftaran dan semakan status boleh dilakukan pada tahun ini. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – eKASIH 2024
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.