BANTUANSARASumbangan Asas Rahmah

5.4 Juta Penerima SARA Mulai April 2025 : Semak Kelayakan

5.4 Juta penerima SARA – kerajaan mengumumkan bahawa jumlah penerima sumbangan asas rahmah akan meningkat secara drastik. Dari 700,000 penerima, kini jumlah ini dijangka melonjak kepada 5.4 juta. Ini adalah berita gembira terutamanya bagi golongan B40 yang terkesan oleh kos hidup yang semakin meningkat.

KENAIKAN PENERIMA SARA KEPADA 5.4 JUTA

Dengan peningkatan jumlah penerima, lebih banyak isi rumah dari kategori B40 akan menerima manfaat daripada insentif SARA. Ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat, terutamanya bagi mereka yang bukan golongan miskin.

Untuk makluman umum, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah pada tahun ini menawarkan kadar jumlah bermula dari RM450 hingga RM2,100 setahun. Hanya penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah sahaja berkelayakan menerima insentif ini.

Program ini bertujuan untuk memberikan sedikit bantuan kepada mereka yang memerlukan, sekali gus membantu meringankan beban ekonomi. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Datuk Seri Amir Hamzah selaku Menteri Kewangan kedua.

Pembayaran sumbangan asas rahmah ini dijadualkan akan mula disalurkan pada bulan April secara berperingkat. Dengan pelaksanaan yang teratur, semua penerima yang layak akan menerima bantuan dengan tepat pada masanya.

Ini adalah satu langkah positif yang menunjukkan komitmen kerajaan dalam pelaksanaan program dan memastikan setiap individu yang berhak mendapatkan manfaat ini. Pada tahun sebelum ini SARA hanya diberikan kepada mejoriti golongan penerima STR berstatus miskin tegar.

Dengan adanya peningkatkan kadar penerima ini sebanyak 7 kali ganda kepada 5.4 juta penduduk Malaysia. Diharapkan dapat mengurangkan beban kos sara hidup dengan pembelian barangan keperluan asas.

SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA 2025

Jika anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), automatik anda layak membuat semakan status sama ada layak atau tidak menerima insentif SARA. Untuk butiran selengkapnya dan semakan status, sila layari laman rasmi MyKasih SARA – https://www.mykasih.com.my/

Segala maklumat terkini berkenaan SARA akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat pelbagai kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan MADANI bagi mengurangkan beban rakyat tempatan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Back to top button