3 Jenis Bantuan Tunai Kerajaan Dilaksanakan Pada Bulan Ini
3 Jenis Bantuan tunai dari pihak kerajaan yang akan dilaksanakan pada bulan ini (Januari) tahun 2023. Demi memastikan kesejahteraan rakyat dan keprihatinan dari pihak kerajaan, pelbagai bantuan baru diperkenalkan dan bantuan lama yang masih relevan diteruskan pada tahun 2023 bakal dilaksanakan.
Di halaman kali ini dikongsikan maklumat berkenaan senarai 3 jenis bantuan tunai yang diberikan pada bulan ini untuk seluruh rakyat Malaysia.
BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR)
Untuk sedia maklum, bantuan tunai rakyat ini telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk tahun 2023. Program bantuan tunai ini pada awalnya akan diberikan pada bulan Mac, namun atas keprihatinan kerajaan dan memandangkan banyak kawasan yang terjejas banjir. Pihak kerajaan bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran bantuan tunai ini pada bulan Januari 2023 untuk fasa 1.
Walaupun kadar jumlah bayaran BTR keseluruhan masih belum dinyatakan, namun pembayaran fasa 1 bulan ini telah diumumkan. Kadar bantuan tunai untuk kategori bujang diberikan sebanyak RM100 dan keluarga RM300. Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada pembentangan mini BAJET 2023 baru-baru ini.
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)
Tidak terkecuali, kumpulan kanak-kanak juga bakal mendapatkan inisiatif berbentuk bantuan tunai pada bulan ini. Pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan bantuan awal persekolahan ini yang diberikan pada bulan januari 2023.
Pada tahun ini, bayaran bantuan BAP ini telah dinaikan sebanyak RM150 berbanding tahun sebelum iaitu RM100. Manakala pemberian bantuan ini akan diberikan kepada murid tanpa melihat had pendapatan keluarga. Ini bermaksud akan lebih ramai murid yang bakal mendapat manfaat dari bantuan khas ini.
BANTUAN KHAS KEWANGAN
Untuk kumpulan kakitangan dan para pesara kerajaan bakal mendapatkan imbuhan insentif bantuan khas kewangan yang akan diberikan pada 17 Januari 2023. Bantuan khas ini akan diberikan kepada kakitangan seluruh negara yang mempunyai Gred 56 dan kebawah serta pesara veteran kerajaan.
Kadar bantuan adalah sebanyak RM700 kepada kakitangan penjawat awam dan RM350 untuk pesara kerajaan. Pembayaran insentif ini akan diberikan secara sekali bayar.
INFO LANJUT
Selain daripada bantuan yang ada diatas yang diberikan pada bulan ini oleh pihak kerajaan, terdapat pelbagai bantuan lain khususnya berbentuk kewangan yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan anda.