Site icon Carianterbaru

TERKINI~ Kerajaan Umum Bayaran BKM Fasa 4

BKM FASA 4

Untuk sedia maklum, baru-baru ini pihak Kerajaan telah mengumumkan berita gembira untuk semua bahawa bayaran BKM Fasa 4 akan diawalkan sebulan yang mana jadual terdahulu adalah pada Disember 2022 dan telah dipercepatkan pada bulan November 2022.

Hal ini kerana bagi persediaan menghadapi musim Monsun timur laut yang bakal tiba. Tidak dapat dinafikan ini adalah merupakan berita baik bagi penerima BKM Fasa 4 sekaligus merupakan bayaran buat kali terakhir untuk Bantuan Keluarga Malaysia pada tahun ini.

BKM FASA 4 DIAWALKAN

Program Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan berbentuk kewangan yang berjumlah RM 2,500 secara keseluruhan mengikut kelayakan permohonan bantuan tersebut.

Insentif bantuan ini adalah merupakan sumbangan dari pihak kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan terutama kepada golongan B40 dan miskin tegar.

Untuk makluman, bantuan ini telah dikreditkan ke akaun penerima sebanyak 3 kali (fasa) dan pada bulan ini adalah merupakan pembayaran buat kali terakhir (Fasa 4).

KADAR BKM FASA 4

Bagi pengetahuan umum, semua kategori akan terlibat menerima bayaran BKM kali ini kecuali kategori bujang. Manakala kadar jumlah bayaran BKM Fasa 4 adalah seperti dibawah:

Kategori Isi Rumah (Di bawah 60 tahun)

Mempunyai pendapatan bulanan semasa (RM 2,500 kebawah)

Mempunyai pendapatan bulanan semasa (RM 2,501 – RM 5,000)

Kategori Isi Rumah (60 keatas / Warga Emas)

Mempunyai pendapatan bulanan semasa (RM 2,500 kebawah)

Mempunyai pendapatan bulanan semasa (RM 2,501 – RM 5,000)

Kategori IBT tiada tanggungan

Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak)

Mempunyai pendapatan bulanan semasa (RM 2,500 kebawah)

Mempunyai pendapatan bulanan semasa (RM 2,501 – RM 5,000)

TARIKH BAYARAN BKM FASA 4

Terkini pihak Kerajaan secara rasmi telah mengumumkan bahawa pembayaran kali telah diawalkan bermula 15 November ini secara berperingkat ke akaun masing-masing. Untuk semakan jumlah yang akan anda terima untuk fasa akhir ini, sila layari laman rasmi BKM – DI SINI

Bagi yang terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda dapatkan. Sila ke laman utama yang telah disediakan – DI SINI

Exit mobile version