
Tawaran bantuan biasiswa YBSTAR dari Yayasan Sarawak Tun Taib dan biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahmah kini dibuka bermula 7 Julai 2025. Bagi pelajar yang bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pendidikan mereka, kini anda mempunyai peluang untuk mohon.
Pendaftaran permohonan tawaran bantuan biasiswa YBSTAR kini dibuka sehingga 8 Ogos 2025. Biasiswa ini bertujuan untuk membantu pelajar daripada pelbagai latar belakang mendapatkan pendidikan yang berkualiti tanpa dibebani oleh kos kewangan yang tinggi.
PROGRAM TAWARAN BANTUAN BIASISWA YBSTAR
Pihak Yayasan Sarawak mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon bantuan biasiswa YBSTAR. Program biasiswa ini terbuka kepada semua pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi dalam negara.
Kriteria kelayakan termasuk tetapi tidak terhad kepada pencapaian akademik yang baik, keperluan kewangan, serta komitmen dalam aktiviti kokurikulum. Dengan syarat-syarat ini, YBStar berhasrat untuk melahirkan generasi muda yang mampu menyumbang kepada masyarakat.
Bagi yang berminat untuk memohon, sila kunjungi laman web rasmi yayasan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai prosedur permohonan. Pastikan semua dokumen diperlukan adalah lengkap dan dihantar sebelum tarikh akhir 8 Ogos 2025.
Semak dengan teliti syarat permohonan agar tidak terlepas sebarang butiran penting. Dengan berbuat demikian, anda meningkatkan peluang untuk terpilih bagi menerima bantuan ini.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN BIASISWA YBSTAR
Antara kriteria syarat asas kelayakan permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Pemohon merupakan anak jati Sarawak (ibu atau bapa atau kedua-duanya lahir di Sarawak)
- Pemohon sedang atau bakal mengikuti pengajian dalam kursus yang diiktiraf secara sepenuh masa dimana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
Untuk makluman umum, tawaran biasiswa YBSTAR ini disediakan keutamaan untuk kursus sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik (STEM). Berikut antara kursus yang diberi keutamaan permohonan biasiswa ;
- Sains hayat
- Teknologi makanan
- Kejuruteraan
- Teknologi maklumat
- Perubatan dan kesihatan
- Psikologi dan kaunseling
- Kewangan dan perakaunan
- Undang-undang.
Kepada yang berminat, pendaftaran permohonan biasiswa ini boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman rasmi – Biasiswa YBSTAR . Pendaftaran permohonan dibuka bermula 7 Julai hingga 8 Ogos 2025.
LEBIH INFO BANTUAN
Terdapat lebih banyak lagi program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – CEK DISINI sebagai rujukan umum.