PendidikanPetronasTajaan
Trending

Tajaan Pendidikan Petronas Untuk Lebih 650 Pelajar SPM 2024

Tajaan Pendidikan Petronas diberikan kepada lebih 650 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 yang berkelayakan.

TAJAAN PENDIDIKAN PETRONAS

TAJAAN PENDIDIKAN PETRONAS

Baru-baru ini perlaksanaan tajaan pendidikan Petronas telah disalurkan kepada lebih 650 pelajar SPM tahun 2024 menerusi Powering Knowledge. Naib Presiden Ketua Sumber Manusia Kumpulan Petronas iaitu Ruslan Islahudin berkata tajaan ini bagi membuka peluang kepada pelajar untuk ke peringkat lebih tinggi.

Dengan adanya tajaan ini dapat membuka pintu kepada dunia penuh kemungkinan bukan sahaja universiti terkemuka di dalam dan luar negara. Pihak Petronas telah memperuntukkan sebanyak RM319 juta untuk membantu para pelajar yang berpontensi tinggi.

Penerima anugerah tajaan pendidikan ini terdiri dari pelbagai latar belakang dan bakal melanjutkan pengajian dalam bidang seperti kejuteraan petroleum, kimia, mekanikal, pemasaran dan bidang yang relaven berkaitan.

Kepada mereka yang terpilih sama ada akan melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) atau universiti terkemuka di dalam dan luar negara. Antara universiti di luar negara termasuk Singapura, United Kingdom, Kanada, China, Australia, Jepun dan New Zeland.

KELAYAKAN PELAJAR LAYAK TERIMA TAJAAN

Untuk maluman umum, proses pemilihan ini dijalankan secara tulus dan teliti dengan melibatkan 9,000 permohonan yang dikemukakan seluruh negara. Penilaian berdasarkan kecemerlangan akedamik, potensi kepimpinan dan penglibatan aktif dalam kokurikulum.

Seramai lebih 650 pelajar yang berjaya diterima untuk mendapatkan tajaan pendidikan ini berdasarkan keputusan yang baik. Sejak diperkenalkan, inisiatif khas ini telah memberi manfaat kepada lebih 40,000 pelajar Malaysia dengan jumlah pelaburan mencecah RM4.2 bilion.

Inisiatif Powering Knowledge turut menyokong dengan selaras matlamat pembangunan mampan dalam berusaha melahirkan pemimpin masa hadapan. Bagi pengetahuan umum, permohonan tajaan dibawah Petronas ini dibuka setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.

Untuk butiran selengkapnya berkenaan inisiatif khas untuk pelajar ini sila layari laman portal rasmiĀ PETRONAS TAJAAN

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan sepanjang tahun ini untuk memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan, rujuk laman utama!

Fayyadh

Carianterbaru merupakan portal informasi lengkap merangkumi maklumat inisiatif kerajaan, swasta dan bantuan terkini khusus untuk rakyat Malaysia

Related Articles

Back to top button