BANTUANFasa 2MySTR

Bantuan MySTR Fasa-2 : Tarikh Bayaran & Kategori Penerima

Bantuan MySTR Fasa-2 : Pemberian sumbangan tunai rahmah bagi fasa berikutnya akan disalurkan berperingkat pada bulan April tahun ini. Untuk makluman umum, inisiatif istimewa berbentuk bantuan kewangan ini merupakan insentif dibawah Belanjawan 2024.

PEMBERIAN BANTUAN MYSTR FASA-2

Pihak kerajaan perpaduan telah memperkenalkan inisiatif yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun lalu. Atas keprihatinan kerajaan bersetuju untuk terus melancarkan pemberian bantuan tunai STR bagi tahun kedua.

Bagi makluman, bayaran MySTR fasa pertama (1) telahpun selesai dibayar pada 29 Januari lalu kepada seluruh rakyat Malaysia. Pembayaran fasa berikutnya akan diagihkan pada bulan hadapan, dijangkakan sebelum menyambut perayaan hari raya aidilfitri.

KATEGORI PENERIMA MYSTR FASA-2

Berdasarkan bayaran fasa sebelum ini, semua kategori kelayakan terlibat menerima insentif ini pada kadar yang telah ditetapkan. Fasa kedua nanti berkemungkinan kategori bujang, isi rumah dan warga emas akan menerima bayaran sebelum raya.

Dengan adanya bayaran sumbangan tunai rahmah fasa 2 ini dapat membantu meringankan beban bagi persediaan menyambut bulan syawal nanti. Kadar bayaran mengikut kategori bagi fasa kedua akan dimaklumkan sebelum bayaran disalurkan.

TARIKH JADUAL BAYARAN BANTUAN MYSTR 2024

Di bawah disediakan jadual lengkap tarikh bayaran bagi bantuan tunai STR sesi tahun 2024 seperti berikut :

  • Pengkreditan STR fasa 1 : Bermula 29 Januari 2024 (Telah selesai dibayar)
  • Pengkreditan STR fasa 2 : Bermula April 2024 (Tarikh bayaran akan dikemaskini)
  • Pengkreditan STR fasa 3 : Bermula Ogos 2024 (Tarikh bayaran akan dikemaskini)
  • Pengkreditan STR fasa 4 : Bermula November 2024 (Tarikh bayaran akan dikemaskini)

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR 2024

Kepada penerima sedia ada STR, anda boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa secara online. Untuk makluman, kadar jumlah bantuan STR tahun ini adalah sehingga RM3,700 dan jumlah ditentukan mengikut kategori dan bilangan tanggungan.

Untuk semakan status, kemaskini maklumat terkini dan pendaftaran baharu, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan melalui pelbagai agensi telah menyediakan banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada bulan ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button