FSA2KWSPPengeluaran KWSP

Skim Pengeluaran KWSP Bersyarat : Dibenarkan Pada Bulan Mac

Skim Pengeluaran KWSP Bersyarat FSA2 berjumlah RM3000 sehingga RM50000 dibenarkan pada bulan Mac ini kepada ahli yang memerlukan. Inisiatif khas kemudahan pengeluaran ini telah diperkenalkan oleh pihak KWSP bagi memberi manfaat kepada para pencarum.

SKIM PENGELUARAN KWSP BERSYARAT 2024

Tahukah kalian terdapat sebuah skim kemudahan pengeluaran yang telah disediakan dan boleh dilakukan pada bulan ini selagi menepati kelayakan. Pengeluaran melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP dibenarkan dan permohonan dibuka sepanjang tahun 2024.

Seperti sedia maklum, pengeluaran KWSP bersasar tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Namun atas keprihatinan kerajaan dan KWSP telah menawarkan sebuah skim pengeluaran bersyarat ini.

FSA2 KWSP akan dilancarkan secara 2 fasa yang melibatkan kadar pengeluaran dan syarat kelayakan yang berbeza. Buat waktu ini permohonan bagi pengeluaran fasa 1 telah mula dibuka kepada ahli KWSP yang berkelayakan.

Tujuan utama perlaksanaan program khas ini adalah bagi membantu ahli mendapatkan pembiayaan peribadi melalui institusi perbankan. Menerusi skim FSA2 KWSP, pencarum boleh membuat permohonan awal bersyarat 50 tahun atau 55 tahun.

KADAR SKIM PENGELUARAN KWSP (FASA 1)

Untuk makluman, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menetapkan kadar minimum yang boleh dilakukan adalah serendah RM3000. Manakala jumlah maksimum yang dibenarkan adalah sehingga RM50000 secara one-off.

Bagi pengeluaran FSA2 KWSP fasa pertama (1), institusi perbankan yang terlibat adalah seperti di bawah :

  1. MBSB Bank
  2. CIMB Bank
  3. Maybank
  4. Bank Simpanan Nasional.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP

KWSP telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi permohonan pengeluaran melalui FSA2 seperti berikut :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa 1)
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Mempunyai simpanan dalam akaun 2 minimum RM3000
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50000
  • Mematuhi terma dan syarat dari pihak bank.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN PENGELUARAN

Sekiranya anda berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan secara online selagi skim masih dibuka. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – FSA2 KWSP (Fasa 1)

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button