BANTUANBINGKASKehidupan Sejahtera

Pemberian Bantuan Kehidupan Sejahtera : RM300 Untuk B40

Pemberian Bantuan Kehidupan Sejahtera berjumlah RM300 sebulan ditawarkan kepada kumpulan B40 pada tahun ini. Untuk makluman, inisiatif berbentuk bantuan ewallet ini diberikan secara bulanan kepada mereka yang berkelayakan memerlukan.

PEMBERIAN BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA

Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah inisiatif bantuan yang dikenali sebagai kehidupan sejahtera atau Bingkas. Menerusi insentif ini, mereka yang mempunyai pendapatan bulanan RM3,000 kebawah layak untuk memohon.

Kepada pemohon yang layak akan diberikan insentif istimewa bernilai RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun. Kadar bantuan tersebut boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya atau kedai runcit berdaftar.

Tujuan utama perlaksanaan program khas ini adalah bagi membantu serta mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah mengurus hal ehwal keluarga. Dengan adanya insentif tambahan ini dapat meringankan beban mereka bagi mendidik dan membesarkan tanggungan anak dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang.

KELAYAKAN BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan asas telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi menyertai program khas ini seperti beriktu :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Kumpulan B40
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Pemilih berdaftar di Selangor
  • Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di negeri Selangor.

Info : Tarikh permohonan bantuan Bingkas RM300 sebulan ini dibuka sepanjang tahun ini. Mereka yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara online pada bila-bila masa.

CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN

Kepada yang memerlukan dan menepati syarat yang ditetapkan, permohonan boleh dilakukan secara dalam talian. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi Bingkas – DI SINI

Bagi memudahkan semakan borang permohonan, sila pastikan anda sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan. Seperti salinan kad pengenalan pemohon, pasangan, tanggungan ahli keluarga dan berkaitan.

Pemohon juga boleh daftar permohonan melalui aplikasi Selangkah, ia boleh dimuat turun di app store telefon pintar.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button