10k DiluluskanKWSPTarikh Pembayaran

Panduan Semakan Status Pengeluaran Khas KWSP Bermula 9 April 2022

Untuk makluman umum, pada bulan lalu (Mac) Pihak Kerajaan telah bersetuju membenarkan kemudahan Pengeluaran Khas KWSP sehingga RM 10,000. Menerusi kenyataan Perdana Menteri baru-baru ini, menyatakan kemudahan pengeluaran khas ini bagi membantu mereka yang memerlukan dan pembayaran pengeluaran khas KWSP ini akan diberikan secara sekali bayar sahaja (One-off).

Di bawah disediakan butiran maklumat berkenaan pengeluaran khas KWSP RM 10,000.

Butiran Pengeluaran Khas KWSP

Syarat kelayakan bagi individu yang ingin membuat pengeluaran khas KWSP ini seperti berikut :

  • Harus mempunyai sekurang-kurangnya jumlah simpanan sebanyak RM 150 di dalam akaun simpanan KWSP pada tarikh permohonan pengeluaran
  • Pengeluaran Khas KWSP ini terbuka kepada ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan kebawah termasuk bukan warganegara Malaysia dan pemaustatin tetap
  • Kepada ahli perlu meninggalkan sekurang-kurangnya RM 100 dalam akaun 1
  • Amaun minimum pengeluaran adalah serendah RM 50
  • Amaun maksimum pengeluaran adalah sehingga RM 10,000
  • Amaun kelayakan pengeluaran berdasarkan jumlah simpanan yang ada, jika akun 2 tidak mencukupi akaun 1 akan diakses

Nota : Simpanan minimum sebanyak RM 100 perlu dikekalkan dalam akaun 1 bertujuan kerana ahli KWSP dapat mengekalkan status sebagai ahli dan dapat menikmati manfaat lain sebagai ahli KWSP.

Panduan Cara Semak Status Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP

Kepada ahli yang sudah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan status kelulusan pengeluaran khas KWSP ini bermula 9 April 2022. Di bawah telah disediakan cara semak seperti berikut :

  • Sila layari Portal Rasmi Pengeluaran Khas KWSP – DI SINI
  • Kemudian tekan butang “Semakan Status”
  • Sila isi maklumat anda pada ruangan jika diminta
  • Keputusan permohonan anda akan dipaparkan sama ada “Lulus” atau “Tidak Lulus”
  • Sekiranya permohonan anda lulus, bayaran pengeluaran khas KWSP anda akan dibayar pada 20 April 2022 secara one-off
  • Sekiranya permohonan anda tidak lulus, kebiasaannya pihak KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas tarikh 9 April 2022

Kaedah Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 

Untuk pengetahuan anda, pembayaran pengeluaran khas KWSP ini akan dibayar secara sekali bayar sahaja (one-off) dan akan dikreditkan terus ke akaun bank simpanan atau semasa ahli. Anda hanya perlu memastikan akaun bank aktif dan bawah nama ahli sendiri. Pihak KWSP telah menyatakan bahawa akaun bersama atau didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan pengeluaran khas KWSP ini, sila layari portal rasmi pengeluaran khas KWSP atau hubungi terus di talian khas pengeluaran khas KWSP Hotline – 03 8922 4848 bermula 1 April 2022.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button