Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2025 : Mohon Segera!
Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2025, tawaran permohonan kini dibuka sehingga 17 Oktober kepada mereka yang berminat. Kepada para pelajar yang menuntut di IPTA dan IPTS yang sedang bercuti digalakkan untuk mohon dan dapatkan insentif yang diberikan.
TAWARAN SUKARELAWAN PENGAWAS PEPERIKSAAN SPM
Untuk makluman umum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka satu tawaran kepada orang ramai. Individu yang berminat untuk menjadi sukarelawan pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 kini boleh kemukakan permohonan.
Kepada mereka yang layak akan menerima bayaran ikhtisas berjumlah RM50 sehari bagi setiap hari bertugas. Manakala menerima elaun perjalanan kenderaan pada kadar RM0.85 bagi setiap kilometer.
Tarikh masa bertugas untuk peperiksaan SPM pada tahun ini adalah bermula pada 20 November 2025 sehingga 23 Disember 2025. Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang untuk mohon menjadi sukarelawan petugas peperiksaan SPM ini.
SYARAT KELAYAKAN LANTIKAN PENGAWAS PEPERIKSAAN SPM
Untuk mohon lantikan ini anda perlu menepati syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.
- Sihat dari segi tubuh badan dan tiada penyakit kronik.
- Mempunyai pengangkutan/ kenderaan sendiri.
- Dalam daerah yang sama tidak melebihi 25km sehala.
- Bebas dari sebarang rekod jenayah dan tidakan mahkamah.
Tawaran sukarelawan pengawas peperiksaan SPM ini dibuka kepada orang ramai terutama golongan :
- Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Institusi Pendidikan, lepasan Asasi dan Matrikulasi.
- Kakitangan bukan kerajaan/ pesara swasta dan pesara kerajaan.
MOHON SEGERA LANTIKAN PENGAWAS PEPERIKSAAN
Kepada yang berminat pendaftaran masih dibuka sebelum tarikh tutup pada 17 Oktober 2025. Untuk kemukakan permohonan, sila layari laman portal rasmi https://elp.moe.gov.my/
Pastikan anda mendaftar sebagai pengguna sebelum mengemukakan permohonan. Bagi pemohonan yang layak, anda akan dimaklumkan dan perlu datang temuduga pada tarikh yang ditetapkan.
Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan khusus meringankan beban kos sara hidup rakyat. Kepada yang terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan, rujuk pada laman utama!