BUDI95SubsidiTNG
Trending

Subsidi BUDI95 Guna TNG : Cara Daftar & Semak Baki Kuota

Subsidi BUDI95 Guna TNG : Cara daftar dan semak baki kuota disediakan di halaman ini sebagai rujukan umum masyarakat.

SUBSIDI BUDI95 BOLEH GUNA TNG

subsidi budi95 guna tng

Seperti sedia maklum, bermula minggu hadapan pada 30 September 2025, kerajaan akan melaksanakan subsidi bersasar petrol Ron95 secara menyeluruh. Kadar harga minyak Ron95 diturunkan dari RM2.06 kepada RM1.99 seliter.

Namun selepas tarikh berkuat kuasa, setiap individu yang ingin tebus subsidi minyak petrol ini perlu pengesahan mykad di stesen minyak. Untuk pilihan kemudahan, anda boleh daftar aplikasi seperti setel, Caltexgo dan Touch N Go ewallet.

Jika anda menggunakan TNG, ianya lebih bagus kerana Touch N Go boleh digunakan di semua jenis pam minyak seluruh negara. Dengan ada kemudahan ini dapat memberi manfaat kepada pengguna tidak menunggu lama semasa mengisi minyak.

APA KEPENTINGAN GUNA SUBSIDI BUDI95?

Program BUDI95 adalah merupakan inisiatif subsidi bersasar minyak jenis petrol RON95 (kuning) khusus untuk rakyat Malaysia. Berikut adalah manfaat dan kepentingan Subsidi BUDI95 yang dilaksanakan pada tahun ini :

  • Dapat harga minyak lebih rendah pada kadar RM1.99 seliter berbanding harga pasaran RM2.60 seliter (tiada subsidi).
  • Mengelakkan aktiviti penyeludupan dilakukan dan ketirisan subsidi.
  • Menyokong kewangan negara untuk masa panjang.
  • Dapat memastikan subsidi minyak petrol dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja.

Kelayakan untuk menebus subsidi minyak petrol ron95 adalah :

  1. Warganegara Malaysia (pastikan cip mykad dalam keadaan berfungsi).
  2. Berumur 16 tahun keatas.
  3. Mempunyai lesen memandu yang sah dan masih aktif.

CARA DAFTAR & SEMAK BAKI KUOTA SUBSIDI MELALUI TNG

Jika anda tidak mempunyai TNG, berikut perkongsian mudah cara daftar TNG dan aktifkan BUDI95 :

  1. Langkah pertama semak status kelayakan individu di https://www.budi95.gov.my/
  2. Muat turun aplikasi Touch N Go ewallet di appstore telefon anda.
  3. Daftar sebagai pengguna (masukkan no telefon dan cipta pin 6 digit mengikut kesesuaian anda).
  4. Pergi ke halaman profil (akaun verifikasi).
  5. Pilih Mykad (imbas & ambil swafoto).
  6. Ikuti arahan sehingga selesai.
  7. Hantar pengesahan (proses akan disemak, maksimum 7 hari bekerja).

Semakan baki kuota sebanyak 300L sebulan boleh dilakukan di resit atau aplikasi.

Setelah anda menggunakan TNG, tidak perlu lagi ke kaunter untuk pembayaran pengisian minyak. Semua proses dilakukan di dalam aplikasi dan pembayaran secara dalam talian ewallet.

Untuk lebih informasi berkenaan kemudahan dan inisiatif yang disediakan kerajaan sepanjang tahun ini yang berkelayakan untuk anda dapatkan. Sila ke halaman utama untuk rujukan umum masyarakat!

Related Articles

Back to top button