Site icon Carianterbaru

Subsidi BUDI MADANI RON95 : Had Maksimum RM200 Sebulan

Subsidi BUDI MADANI RON95 : Had maksimum kadar penggunaan subsidi minyak petrol adalah RM200 sebulan bersamaan 300 Liter.

PERLAKSANAAN SUBSIDI BUDI MADANI RON95

Seperti yang telah diketahui umum, perlaksanaan subsidi BUDI95 telahpun mula dilaksanaan secara menyeluruh bermula 1 Oktober 2025. Setiap individu berumur 16 tahun keatas mempunyai mykad dan lesen memandu secara automatik layak tebus subsidi ini.

Bermula 1 Oktober 2025, kadar harga pasaran dalam negara minyak petrol RON95 (kuning) adalah RM2.60 seliter. Dengan adanya subsidi dari kerajaan, harga seliter adalah RM1.99 dan had maksimum setiap bulan adalah 300Liter.

Dalam minggu pertama perlaksaan program subsidi ini adalah terkawal dan berjalan lancar. Pengesahan mykad boleh dilakukan di kaunter melalui kad reader atau di pam minyak secara terus.

Kepada mereka yang berstatus pemandu e-hailing yang sah, dikecualikan dari siling kelayakan. Golongan ini boleh memohon untuk nilai had subsidi per bulan yang lebih tinggi.

KEMUDAHAN GUNA SUBSIDI BUDI RON95

Untuk anda yang malas menunggu untuk pengesahan mykad setiap kali isi minyak. Anda boleh menggunakan kemudahan aplikasi mudah alih seperti Touch N Go, Setel dan CaltexGO.

Pengesahan mykad sebagai identiti hanya perlu dilakukan sekali sahaja melalui aplikasi pilihan anda. Setiap penebusan minyak subsidi anda tidak perlu untuk membuat pengesahan mykad kerana akan dikesan secara automatik melalui aplikasi.

Setiap kali anda tebus subsidi, penyata kuota baki subsidi akan dipaparkan pada skrin di dalam aplikasi. Ini lebih memudahkan urusan untuk membuat pembayaran minyak bersubsidi ini.

Kepada pengguna mykad, pastikan anda sentiasa pastikan cip kad anda berada dalam keadaan baik dan tidak rosak. Sekiranya cip mykad tidak dapat dikesan semasa pengesahan, anda perlu tukar / ganti cip mykad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berdekatan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SUBSIDI BUDI MINYAK PETROL & DIESEL

Bagi pengetahuan umum, kerajaan telah sediakan 2 kategori subsidi budi madani jenis minyak petrol dan diesel. Untuk semak sama ada anda layak atau tidak, sila layari laman portal rasmi https://www.budimadani.gov.my/

Kepada yang terlepas pandang, sepanjang tahun ini kerajaan telah menawarkan pelbagai kemudahan dan inisiatif bantuan untuk meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk didapatkan, rujuk pada halaman utama!

Exit mobile version