BANTUANBantuan KerajaanBujangFASA 3

STR Bujang Fasa 3 : Bantuan RM150 Dikreditkan Pada Ogos Ini

STR Bujang Fasa 3 merupakan inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan bujang di Malaysia. Dalam fasa terkini ini, bantuan sebanyak RM150 akan dikreditkan kepada mereka yang layak pada bulan Ogos ini.

Ini adalah satu langkah positif untuk membantu para belia dan individu yang memenuhi syarat bagi memulakan kehidupan dengan lebih baik.

PEMBERIAN BANTUAN STR BUJANG FASA 3

Rasmi, kategori bujang berumur 21 tahun keatas akan menerima pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga pada bulan Ogos ini. Kadar bayaran berjumlah RM150 akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank setiap penerima.

STR BUJANG FASA 3

Mereka yang tiada akaun bank boleh menebus bantuan secara manual di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Untuk menerima bantuan ini, individu perlu memenuhi beberapa kriteria yang telah ditetapkan.

Antara syarat utama adalah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas dan berada dalam golongan B40. Proses permohonan yang mudah memudahkan segala urusan untuk mereka yang berkelayakan mendapatkan bantuan secara langsung.

Pastikan semua dokumen yang berkaitan disediakan untuk mempercepatkan proses pengkreditan. Pihak berkuasa menyasarkan agar semua bayaran bantuan STR Bujang fasa 3 ini dapat disalurkan kepada penerima yang layak menjelang akhir bulan Ogos.

Para penerima disarankan untuk memeriksa akaun bank masing-masing pada tarikh yang ditetapkan. Adalah penting bagi semua individu yang telah mendaftar agar peka dan tidak terlepas peluang untuk menerima bantuan ini.

Dengan bantuan ini, diharapkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada golongan bujang di Malaysia. Selain bujang, kategori warga emas dan isi rumah juga akan menerima bayaran STR fasa 3 yang dijangka disalurkan pada bulan Ogos ini.

KADAR BAYARAN BANTUAN STR FASA 3

Buat masa ini, tiada kadar rasmi bayaran fasa 3 yang telah diumumkan oleh kementerian kewangan. Namun berdasarkan tahun lalu, jangkaan kadar bayaran fasa 3 mengikut kategori adalah seperti berikut ;

  • Kategori bujang : RM150
  • Kategori warga emas : RM200
  • Kategori isi rumah : RM100 – RM650 (Jumlah mengikut bilangan tanggungan anak).

Untuk kemaskini dan semakan status bayaran, sila rujuk pada halaman utama – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

LEBIH INFO BANTUAN

Sepanjang tahun ini kerajaan perpaduan telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban kos sara hidup. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Back to top button