BANTUANSKK

SKK : Bantuan Tunai Tambahan Berjumlah RM1,000

SKK : Bantuan Tunai Tambahan berjumlah RM1,000 boleh dituntut secara one-off oleh penerima STR bagi sesi tahun ini. Seperti telah dimaklumkan, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah adalah sebahagian bantuan di bawah Belanjawan 2024.

SKK : BANTUAN TUNAI TAMBAHAN

Kerajaan bersetujuan untuk menyediakan inisiatif tambahan yang dikenali sebagai skim khairat kematian kepada penerima STR sahaja. Bantuan ini diberikan pada kadar jumlah RM1,000 sekali bayar sahaja.

Bantuan SKK ini disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui Belanjawan MADANI kedua. Penyediaan skim ini adalah bertujuan bagi meringankan beban keluarga jika berlaku kematian kepada penerima STR.

Skim khairat kematian ini adalah bagi pemohon/ pasangan yang lulus STR tetapi telah meninggal dunia pada tahun semasa. Tuntutan bantuan SKK RM1,000 ini boleh dilakukan bagi kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan.

SYARAT KELAYAKAN TUNTUT BANTUAN TAMBAHAN SKK

Antara kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan dalam tuntutan SKK ini adalah seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima STR lulus (2024)
  • Kategori isi rumah dan warga emas bujang/ tiada pasangan
  • Meninggal dunia pada tahun 2024
  • Pasangan bukan status warganegara Malaysia tidak layak tuntut SKK
  • SKK layak dituntut oleh waris yang didaftarkan jika pemohon atau pasangan meninggal dunia
  • Waris wajib yang berdaftar di dalam borang permohonan STR sahaja.

PANDUAN CARA TUNTUT BANTUAN SKK 2024

Berkenaan SKK ini amat perlu diketahui oleh orang ramai khususnya penerima STR kerana ianya memberi manfaat sekiranya berlaku perkara tidak diingini. Butiran lengkap dan panduan penuh berkenaan bantuan tambahan ini telah disediakan, sila layari laman rasmi – SKK 2024

Tuntutan boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan sertakan dokumen penting yang diperlukan seperti :

  1. Asal/ salinan sijil kematian yang dikeluarkan oleh pihak JPN
  2. Asal/ salinan kad pengenalan/ sijil lahir pewaris
  3. Sebarang dokumen pembuktian pertalian darah antara waris dan si mati.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini di halaman utama atau sertai channel di bawah untuk rujukan lebih pantas.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button