Skim Time-of-Use (TOU) TNB untuk Penjimatan Bil Elektrik

Skim Time-of-Use (TOU) TNB adalah sebuah program yang diumumkan bagi penjimatan bil elektrik melalui pemasangan meter pintar. Dengan skim ini, pengguna dapat mengawal penggunaan elektrik mereka dengan lebih baik, terutama bagi mereka yang ingin mengurangkan perbelanjaan bulanan.
Mulai 1 Julai 2025, semua pelanggan domestik dan bukan domestik akan dapat melanggan skim ini, memperluas akses kepada penjimatan yang ditawarkan.
SKIM TIME-OF-USE (TOU) TNB
Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melaksanakan sebuah skim kemudahan bagi penjimatan eletrik untuk penduduk. Salah satu kelebihan utama skim TOU adalah ketersediaan kadar bayaran bil yang lebih rendah semasa waktu luar puncak.
Ini bermakna pengguna yang bijak dapat merancang penggunaan elektrik mereka pada waktu-waktu tertentu untuk menikmati kadar yang lebih rendah. Program ini bukan sahaja memperkasakan pengguna tetapi juga menjadikan penggunaan tenaga lebih mampan.
Untuk melanggan skim TOU, pelanggan perlu menghubungi penyedia perkhidmatan elektrik mereka dan meminta untuk mendaftar dalam program ini. Setelah pendaftaran, pengguna akan dikeluarkan sebuah meter pintar yang akan mengukur penggunaan elektrik mereka secara lebih tepat.
Dengan penggunaan meter pintar, pengguna dapat memantau dan mengelola penggunaan elektrik mereka dengan lebih berkesan, menjadikan bil elektrik lebih terkawal dan menjimatkan kos.
TEMPOH SKIM TOU BAHARU
Untuk pemahaman umum, berikut disediakan waktu kadar tarif skim TOU :
- Kadar tarif lebih rendah : Isnin – Jumaat (10 malam – 2 petang) Sabtu – Ahad (sepanjang waktu)
- Kadar tarif lebih tinggi : Isnin – jumaat (2 petang – 10 malam).
Dengan adanya skim Time of use ini dapat memberi manfaat kepada pengguna bagi mengurangkan bayaran bil elektrik bulanan masing-masing. Apabila melanggan skim TOU ini pasti ada perbezaan bayaran bil elektrik sebelum dan selepas.
Kepada yang berminat, anda boleh mohon skim TOU melalui pejabat TNB berdekatan atau secara dalam talian. Untuk panduan lengkap, sila layari laman web rasmi MyTNB – https://www.mytnb.com.my/
LEBIH LANJUT
Terdapat pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – CEK DISINI sebagai rujukan.