Site icon Carianterbaru

Skim Bantuan Khas Kewangan RM 500 One-off Mei 2022

Untuk sedia maklum melalui sidang Belanjawan yang lalu, Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz iaitu Menteri Kewangan telah mengumumkan insentif bantuan kewangan kepada golongan warga emas dan bantuan Kebajikan Orang tua akan dinaikkan dari jumlah tahun sebelum iaitu RM 350 kepada RM 500 seorang yang layak menerima dan bagi mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dalam kenyataan beliau juga menyatakan bantuan ini akan diteruskan pada tahun ini.

Bantuan Khas RM 500

Untuk makluman, bantuan warga emas RM 500 ini akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga. Bantuan ini diperkenalkan kerana lebih mensasarkan golongan warga emas yang layak menerima bantuan untuk membantu meneruskan kelangsungan hidup dan meringankan pembelanjaan pada tahun ini serta kesejahteraan hidup dalam masyakat.

Syarat Kelayakan Bantuan Khas RM 500

Di halaman bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

Cara Permohonan

Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau kenalan rapat yang menepati syarat kelayakan, anda boleh membuat permohonan secara online seperti berikut :

  1. Sila layari Laman Rasmi eBantuan JKM – DI SINI
  2. Seterusnya klik pada “Daftar permohonan atas talian”
  3. Masukkan normbor kad pengenalan pemohon dan tempat tinggal
  4. Klik butang “Daftar”
  5. Selesai.

Dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan, sila hadirkan diri ke mana-mana Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhampiran anda. Senarai Pejabat yang boleh anda rujuk – DI SINI

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda terlepas pandang, pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan khususnya bantuan berbentuk kewangan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Exit mobile version