Rumah Mesra SMJ (Sabah Maju Jaya) khas untuk golongan belia yang baru mendirikan rumah tangga dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
PROGRAM RUMAH MESRA SMJ
Kerajaan negeri Sabah telah melancarkan inisiatif rumah mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) yang memberi manfaat kepada golongan belia. Anak muda yang ingin mendirikan rumah tangga mulai tahun depan berkelayakan untuk dapatkan rumah ini.
Sebanyak 50 buah unit rumah mesra SMJ akan dibina di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai tahun depan. Dahulu hanya 5 buah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), tetapi tahun ini disediakan 50 buah rumah SMJ di setiap DUN.
Orang muda yang susah dan baru berkahwin akan diberi keutamaan dalam projek rumah SMJ ini. Program ini telah diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seriji Noor pada sidang majlis pecah tanah projek perumahan dan bandar Sabah.
Projek rumah mesra ini akan melibatkan pembinaan sebanyak 320 unit rumah iaitu jenis rumah berkembar setingkat dan teres setingkat. Pembangunan projek rumah ini akan didirikan di atas tanah seluas 37.60 ekar milik LPPB.
Dengan adanya perlaksanaan projek perumahan ini dapat membantu golongan memerlukan terutama miskin tegar untuk memiliki kediaman sendiri. Segala maklumat berkenaan inisiatif ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
PROGRAM RUMAH RAKYAT (RMR)
Untuk pengetahuan umum, terdapat sebuah kemudahan perumahan disediakan untuk rakyat Malaysia pendapatan RM5000 sebulan untuk memiliki rumah. Projek Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini telah menerima lebih 190,000 permohonan dengan lebih dari 75,000 telah diluluskan.
Program RMR ini disediakan bagi membantu golongan B40 dan M40 untuk dapat memiliki rumah pada kadar harga mampu milik. Permohonan dibuka kepada mereka yang berumur 18 tahun keatas dan belum memiliki rumah sendiri.
Kepada yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk daftar permohonan RMR kerana kuota rumah adalah terhad. Panduan lengkap dan cara mohon telah disediakan melalui laman portal rasmi RMR di https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/
Sepanjang tahun ini terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan, rujuk laman utama!