RM300 Untuk B40 Telah Dikreditkan ke Dalam MyKad Ogos Ini
RM300 untuk B40 – Bantuan MyKasih SARA adalah salah satu inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk membantu golongan B40 dalam menangani cabaran kewangan. Pemberian Sumbangan Asas Rahmah mykasih pada bulan ini telah mula dikreditkan ke dalam akaun mykad.
BANTUAN RM300 UNTUK B40 OGOS INI
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah mengumumkan perlaksanaan pemberian bantuan tambahan mykasih SARA pada bulan Ogos ini. Program SARA ini memberi manfaat kepada lebih 5 juta penduduk Malaysia dari kategori miskin dan B40.
Untuk makluman umum, tiada sebarang permohonan diperlukan kerana insentif mykasih SARA ini diberikan secara automatik. Bantuan yang diberikan dalam bentuk ewallet ke dalam mykad ini boleh digunakan untuk beli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit seluruh negara.
KADAR BAYARAN SARA UNTUK B40 OGOS INI
Sebagai rujukan berikut adalah kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah yang dikreditkan Ogos ini mengikut kategori ;
- RM200 : Isi rumah miskin
- RM100 : Isi rumah B40
- RM150 : Warga emas miskin
- RM50 : Warga emas B40
- RM50 : Bujang miskin
- Tambahan RM100 one-off : Semua individu berumur 18 tahun, bayaran dikreditkan pada 30 Ogos 2025.
CARA SEMAK STATUS BAYARAN MYKASIH
Untuk menyemak status bayaran MyKasih SARA anda bagi bulan ini, anda boleh melayari laman web rasmi – https://www.mykasih.com.my/ atau muat turun aplikasi ‘Mykasih’. Cukup masukkan maklumat yang diperlukan seperti nombor MyKad dan ikuti arahan yang diberikan.
Pastikan anda menyemak secara berkala agar tidak terlepas sebarang maklumat penting. Dengan langkah mudah ini, anda dapat memastikan bahawa bantuan yang dijanjikan diterima dengan lancar dan tepat pada masanya.
Semoga maklumat ini membantu anda dalam memahami proses dan manfaat daripada bantuan MyKasih SARA. Pengagihan Sumbangan Asas Rahmah ini akan terus dilaksanakan sehingga Disember tahun ini.
LEBIH INFO BANTUAN
Sepanjang tahun ini pihak kerajaan perpaduan telah melaksanakan pelbagai program inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila cek senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai panduan umum masyarakat.