Site icon Carianterbaru

RASMI : Insentif Khas Untuk Ibu Tunggal & Suri Rumah RM 480

Berita baik untuk golongan wanita terutama kepada para suri rumah dan ibu tunggal, kini golongan ini boleh membuat pilihan mencarum di platform KWSP dengan mendapatkan insentif istimewa RM 480 di bawah program i-Suri pada tahun 2022.

Tujuan utama perlaksanaan program khas dari KWSP ini bagi mengiktirafkan sumbangan golongan suri rumah kepada ahli keluarga dan pembangunan ekonomi dalam negara. Terdapat banyak manfaat dalam program i-suri, maklumat ringkas telah disediakan untuk rujukan anda.

Syarat-Syarat Kelayakan

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan bagi pendaftaran i-suri KWSP seperti berikut:

Manfaat

Di bawah telah disediakan antara manfaat dan faedah yang boleh anda dapatkan melalui program i-suri KWSP:

  1. Menerima dividen tahunan KWSP
  2. Menerima insentif khas dari pihak Kerajaan sehingga maksimum RM 480 setahun
  3. Boleh tuntut bantuan Khairat Kematian sebanyak RM 2,500.

Permohonan

Jika anda berkelayakan dan berminat, pendaftaran program i-suri ini hanya boleh dibuat dengan cara pergi ke cawangan KWSP berdekatan anda dan bawah bersama borang permohonan berkaitan yang telah disediakan di ruangan bawah.

Cara Pembayaran

Kepada calon, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif pada satu masa, jika anda telah mendaftar dengan program i-saraan, anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan i-suri ini.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan program atau kemudahan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak KWSP, anda boleh layari portal rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di – https://www.kwsp.gov.my/ms/home

 

Exit mobile version