Program Rebat Bil Elektrik RM40 : Bantuan Subsidi

Program rebat bil elektrik RM40 sebulan percuma kini dilanjutkan sehingga tahun 2025 untuk memberi manfaat kepada rakyat. Inisiatif ini adalah hasil kerjasama antara kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membantu mereka yang yang memerlukan dan meningkatkan kualiti hidup golongan miskin di negara ini.
PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40
Kepada yang terlepas pandang, kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif program rebat bil elektrik. Program khas ini menawarkan bantuan subsidi bernilai RM40 sebulan kepada pengguna elektrik TNB.
Rebat bil elektrik ini disediakan khusus kepada ketua isi rumah yang berada dalam kelompok miskin. Ini bermaksud, jika anda seorang ketua keluarga dan pendapatan bulanan anda tidak mencukupi, anda berhak untuk menikmati rebat ini.
Mengikut pelaksanaan program, pengguna tidak perlu membayar bil elektrik sekiranya jumlah bil bulanan mereka tidak melebihi RM40. Program rebat bil elektrik ini bukan sahaja memberikan kelegaan kewangan kepada isi rumah yang layak, tetapi juga memastikan mereka dapat menikmati bekalan elektrik yang lebih berterusan tanpa tekanan kewangan.
Melalui inisiatif ini, kerajaan berkomitmen untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, dan dengan pelanjutan sehingga tahun 2025, diharapkan lebih ramai individu yang memerlukan dapat mendapat manfaat dengan cara yang praktikal.
SIAPA LAYAK TEBUS BANTUAN SUBSIDI REBAT BIL ELEKTRIK?
Antara kelayakan yang telah ditetapkan bagi program khas ini adalah seperti ;
- Warganegara Malaysia
- Penerima bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah)
- Penerima bantuan bulanan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
- Penerima bantuan dari Majlis agama islam negeri
- Golongan miskin tegar disenarai dalam data ekasih.
PANDUAN SEMAK KELAYAKAN REBAT BIL
Berikut disediakan lang-langkah semakan status kelayakan untuk rebat bil RM40 :
- Sila layari laman portal rasmi TNB – https://www.tnb.com.my/
- Masukkan nombor akaun bil elektrik TNB
- Rujuk pada ruangan semakan kelayakan Rebat Bil
- Maklumat akan dipaparkan jika anda berkelayakan sebagai penerima rebat RM40.
SEKIRANYA BIL MELEBIHI RM40 ADAKAH PERLU BAYAR?
Jika bil penerima rebat melebihi RM40 anda hanya perlu bayar bakinya sahaja. Sebagai contoh bil anda pada bulan ini RM50, anda hanya perlu membayar RM10 sahaja kerana RM40 telah direbatkan.
Bil bulanan tidak perlu dibayar jika amaun tidak mencapai RM40 sahaja.
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan MADANI telah sediakan lebih banyak program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban penduduk. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.