BANTUANBKMStatus PermohonanTarikh Pembayaran

Kategori BKM Yang Menerima Bayaran Fasa 2

Untuk sedia maklum, menerusi sidang pengumuman Bajet 2022 Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa jumlah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah berbeza mengikut kategori penerima. BKM ini merangkumi kategori isi rumah, bujang dan warga emas. Penerima BKM untuk golongan atau individu yang berpendapatan RM 2,500 kebah dan pendapatan RM 2,500 sehingga RM 5,000.

Kategori Yang Akan Terima Bayaran BKM Fasa 2

  • Kategori Isi Rumah – RM 100 sehingga RM 400 (Bergantung jumlah bilangan anak)
  • Kategori isi rumah (Warga emas) 60 tahun dan keatas – RM 200 sehingga RM 400 (Bergantung jumlah bilangan anak)
  • Kategori isi rumaH (Ibu / Bapa Tunggal) – RM 300 sehingga RM 400 (Bergantung jumlah bilangan anak)
  • Kategori is rumah (Ibu / Bapa tunggal) tidak mempunyai anak – RM 150

Nota : Bagi penerima BKM kategori Bujang, tiada bayaran untuk Fasa 2, pembayaran seterusnya pada fasa 3 RM 150.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 2

Bagi bayaran BKM Fasa 2, pembayaran dijangka dibayar bermula bulan Jun 2022. Untuk makluman, tiada lagi tarikh rasmi pembayaran Fasa 2 akan mula diberikan. Jangan khuatir, pihak kami akan sentiasa kemaskini maklumat terbaru berkenaan BKM ini.

Bayaran Tambahan BKM RM 500

Jika anda terlepas pandang, pihak kerajaan telah mengumumkan bayaran tambahan sebanyak RM 500 akan diberikan kepada kategori yang layak. Anda disarankan untuk menyemak status BKM anda sekiranya anda layak menerima bayaran BKM Tambahan di portal rasmi BKM – DI SINI

Rayuan Permohonan BKM 2022

Sekiranya anda tidak lulus menerima bantuan BKM ini, rayuan permohonan BKM telah dibuka bermula 2 Mei 2022 sehingga tarikh tutup pada 2 Jun 2022. Anda boleh membuat permohonan rayuan secara online di laman rasmi yang telah disediakan diatas.

Jika anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan BKM 20222 ini, anda boleh layari portal rasmi BKM.

Maklumat Lanjut

Selain daripada Skim bantuan BKM Tahun ini, terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun ini khususnya bantuan berbentuk kewangan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button