Jualan RahmahMADANI

Program Jualan Rahmah Madani : Semak Lokasi Terkini

Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) adalah salah satu inisiatif kerajaan Malaysia yang dilaksanakan untuk membantu rakyat dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup. Pada bulan Mei ini, program ini akan diteruskan di seluruh negara dengan matlamat untuk memberikan penjimatan kepada rakyat Malaysia.

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM)

Pelaksanaan PJRM bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat. Dengan tawaran penjimatan harga barangan keperluan harian antara 10% hingga 30% berbanding harga pasaran semasa, program ini diharapkan dapat memberikan kelegaan kepada pengguna.

Sebagai contoh, antara barang-barang yang ada pada program jualan rahmah ini adalah seperti berikut ;

  • Ayam dan telur
  • Ikan dan hasil laut
  • Gula putih
  • Minyak masak jenis botol
  • Tepung gandum
  • Beras
  • Sayur-sayuran
  • Buah-buahan
  • Dan barang-barang keperluan harian yang berkaitan.

Melalui inisiatif ini, ia juga diharap akan membantu mengukuhkan kesejahteraan ekonomi keluarga-keluarga di Malaysia. Semua lapisan masyarakat diseru untuk mengambil peluang daripada program ini.

Barangan yang ditawarkan di bawah PJRM merangkumi pelbagai keperluan harian seperti makanan dan barang penjagaan diri. Oleh itu, diharapkan rakyat dapat memanfaatkan penjimatan yang ditawarkan dan bukan sahaja mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah, tetapi juga melakukan perancangan perbelanjaan yang lebih bijak.

SEMAK SENARAI LOKASI TERKINI JUALAN RAHMAH MADANI

Untuk makluman umum, program jualan rahmah ini dilaksanakan di seluruh 222 lokasi kawasan parlimen di seluruh Malaysia. Program ini dilancarkan dengan kerjasama pasar raya besar dan pasar raya tempatan.

Untuk semak senarai lokasi terkini yang menyediakan program jualan rahmah ini mengikut negeri, sila ke laman rasmi – https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah

Dengan adanya perlaksanaan program seperti ini dapat membantu meringankan beban golongan B40 dan pendapatan rendah. Kepada orang ramai jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga barangan keperluan asas di bawah harga pasaran.

MAKLUMAT LANJUT

Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai program, kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Back to top button