BANTUANBKKKanak-kanak

Program BKK : Bantuan Tunai RM1000 Boleh Dimohon Julai Ini

Program BKK : Bantuan Tunai sehingga RM1000 boleh dimohon oleh warganegara Malaysia yang berkelayakan pada Julai Ini. Pemberian BKK adalah sebahagian inisiatif berbentuk bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024.

PROGRAM BKK : BANTUAN TUNAI SEHINGGA RM1000

Kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan pelbagai jenis skim bantuan untuk memberi manfaat kepada rakyat. Salah satu skim yang boleh dimohon adalah Bantuan Kanak-Kanak (BKK).

Program bantuan kewangan BKK ini disediakan dan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak JKM pada tahun 2024. Bantuan ini ditawarkan khusus kepada kanak-kanak dan penjaga (ibu bapa) yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan.

Dengan adanya insentif bantuan bulanan ini dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Bagi mereka yang berkeperluan, permohonan masih boleh dikemukakan pada bulan ini.

KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI BKK 2024

Seperti yang telah dimaklumkan, kadar jumlah bayaran bantuan khas BKK ini adalah minimum serendah RM150 seorang sebulan. Maksimum yang boleh didapatkan adalah sehingga RM1000 sebulan bagi sekeluarga.

Kadar bantuan bulanan BKK telah dipecahkan mengikut kategori kelayakan seperti di bawah :

  • RM200 seorang : Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah
  • RM150 seorang : Kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
  • RM1000 sekeluarga : Maksimum bayaran bantuan untuk keluarga.

Kepada pemohon yang lulus, bayaran bantuan kanak-kanak ini akan dikreditkan setiap bulan pada kadar yang ditetapkan.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN TUNAI BKK

JKM telah mengemaskini dan menetapkan kriteria asas syarat kelayakan program BKK pada tahun ini seperti berikut :

  • Warganegara dan bermastautin di negara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa
  • Penjaga / keluarga yang memberi jagaan sepenuhnya kepada kanak-kanak
  • Pemohon/ kanak-kanak berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Kepada remaja umur melebihi 18 tahun keatas layak dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

PANDUAN DAFTAR & MOHON BANTUAN BKK 2024

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada bulan ini bagi dapatkan manfaat insentif khas ini. Panduan daftar dan butiran lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BKK 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan insentif bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat B40. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button