BANTUANePemula

Program Bantuan Khas RM 150 Untuk Rakyat Malaysia

Untuk sedia maklum pada tahun ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Inisiatif diberikan kepada semua golongan seperti warga emas, bekerluarga, OKU, Belia serta kanak-kanak untuk tahun 2022.

Melalui sidang Bajet tahun 2022, terdapat pelbagai jenis program dan bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Salah satu bantuan yang telah diperkenalkan adalah sebuah program yang dikenali sebagai ePemula yang memberikan insentif sebanyak RM 150 kepada penerima yang layak.

Butiran E-PEMULA 

Program bantuan EPemula ini diwujudkan adalah bertujuan menyemarakka budaya transaksi tanpa tunai melaluie-Dompet secara pembelia menggunakan platform digital pada tahun ini.

Insentif khas ini akan diberikan kepada para belia yang sedang menuntut pembelajaran sepenuh masa di mana mana cawangan institusi pengajian tinggi (IPT) Swasta dan Awam yang telah diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Data para belia akan disemak silang dengan pihak IPT dalam negara yang berdaftar dan pengkalan data kerajaan yang berkenaan. Program bantuan ePemula ini juga turut diberikan kepada individu yang berumur 18 hingga 20 tahun pada tahun ini.

Panduan Cara Tebus E-Pemula RM 150

Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia, anda boleh tebus bermula pada 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 melalui salah satu penyediaan perkhidmatan seperti berikut :

  • EPEMULA Shopee Pay – DI SINI
  • EPEMULA Grab Pay – DI SINI
  • EPEMULA Touch N Go Ewallet – DI SINI
  • EPEMULA Big Pay –

Langkah Panduan

  1. Kepada pengguna yang sedia ada atau baru, sila ikuti arahan yang telah disediakan dalam aplikasi e-tunai pilihan
  2. andaMelalui aplikasi tersebut, anda perlu masukkan maklumat yang diperlukan di ruangan yang telah disedikan pada paparan tuntutan ePemula dan kemudian tekan hantar
  3. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna / pemohon secara elektronik digital
  4. Anda akan dimaklumkan jika tuntutan ePemula RM 150 telah berjaya

Nota tambahan : Kepada penerima yang layak, kredit tersebut boleh terus dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan ePemula ini, sila layari Laman rasmi ePemula –DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 selain dari bantuan ePemula ini, terdapat pelbagai lagi jenis bantuan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button