(PLKN 3.0) Kewajipan Kehadiran Program Latihan Khidmat Negara

Menurut laporan akhbar, mereka yang tersenarai untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) pada tahun ini mempunyai kewajipan untuk hadir. Ini termasuklah individu yang sudah bekerja dan perlu mendapatkan perlepasan daripada majikan mereka.
Kewajipan ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh program khidmat negara yang ditetapkan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).
PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN 3.0)
Majikan yang mempunyai pekerja yang tersenarai dalam PLKN diharuskan untuk mengemukakan justifikasi sekiranya mereka tidak dapat membenarkan pekerja untuk menyertai program tersebut. Mejar Jeneral Datuk Ya’kob Samiran, sebagai Ketua Pengarah JLKN, menekankan bahawa kepatuhan antara pelatih dan majikan adalah penting.
Pelaksanaan program ini adalah terikat di bawah Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (akta 628). Sehubungan dengan itu, semua pihak dinasihatkan untuk mematuhi kewajipan ini agar program khidmat negara dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Di samping itu, pekerja yang terlibat perlu berkomunikasi secara proaktif dengan majikan mereka bagi memastikan keselesaan dan kejelasan mengenai proses yang perlu diikuti. Ini bukan sahaja untuk mematuhi undang-undang tetapi juga demi matlamat pembangunan negara yang lebih baik melalui Program Latihan Khidmat Negara.
Jika pihak majikan tidak membenarkan mungkin proses lain yang akan dilaksanakan bagi menggantikan. Untuk makluman, siri 1 adalah penyertaan secara sukarela dan untuk siri 2 dan berikutnya adalah mengikut kerahan bersyarat.
Ini bermakna apabila seseorang itu disenaraikan atau dipanggil untuk menjalani program PLKN, mereka wajib hadir. Sekiranya mereka berhalangan atau mempunyai masalah peribadi, mereka perlu memohon untuk penangguhan atau sebagainya.
Mengulas lanjut berkenaan pemakaian uniform celoreng tentera oleh pelatih PLKN, pemakaian diamalkan di kebanyakan negara yang melaksanakan program seperti ini. Uniform ini kosnya lebih murah dan telah ada dalam sistem negara ini.
Setelah tamat latihan, pakaian akan dikembalikan semula dan boleh digunakan oleh pelatih bagi sesi berikutnya. Harapan kerajaan dengan adanya semula program PLKN ini, lebih ramai rakyat Malaysia akan menyertai khusus latihan ini.
Untuk lebih informasi berkenaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0, anda boleh kunjungi laman rasmi kerajaan – PLKN sebagai rujukan.