BiasiswaMEXT

Permohonan Biasiswa MEXT : Kini Telah Dibuka

Permohonan Biasiswa MEXT : Pendaftaran kini dibuka kepada rakyat Malaysia yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan. Terdapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di negara Jepun dengan pembiayaan biasiswa.

PERMOHONAN BIASISWA MEXT DIBUKA

Untuk makluman umum, pendaftaran permohonan bagi program biasiswa pemimpin muda (YLP) Jepun bagi tahun 2025 kini dibuka. Pendaftaran permohonan boleh dibuat secara dalam talian sehingga tarikh tutup pada 6 September 2024.

Pihak kerajaan negara Jepun telah menawarkan pembiayaan Biasiswa Program Pemimpin Muda atau YLP kepada warga Malaysia. Mereka yang berminat dan bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana di Jepun boleh memohon.

Bagi pengetahuan umum, biasiswa MEXT ini bukan sekadar menanggung yuran pengajian dan peperiksaan sahaja. Biasiswa ini juga menyediakan elaun bulanan serta tiket penerbangan pergi dan balik ke negara Jepun.

KURSUS BIASISWA MEXT

Seperti yang telah dimaklumkan, program ini menawarkan lima (5) jenis kursus sarjana di universiti terkemuka di Jepun bermula pada Oktober 2025. Kursus-kursus ini telah dibuka kepada rakyat Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah senarai lima jenis kursus yang ditawarkan melalui biasiswa MEXT :

  1. Kursus pentadbiran perniagaan (Master of business administration) di Universiti Hitotsubashi
  2. Kursus undang-undang (Master of law) di Universiti Kyushu
  3. Kursus sekolah tadbir tempatan (Master in public administration / master in public policy) di GRIPS
  4. Kursus sekolah kerajaan (Master in public administration / master in public policy) di GRIPS
  5. Kursus pentadbiran kesihatan (Master of healthcare administration) di Universiti Nagoya.

BUTIRAN LENGKAP & PANDUAN MOHON BIASISWA MEXT

Setiap kursus yang disediakan menetapkan syarat kelayakan yang berbeza dan permohonan masih dibuka sehingga 6 September 2024. Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup.

Panduan lengkap dan butiran penuh telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – Biasiswa MEXT

MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai jenis kemudahan, biasiswa dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat khususnya yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button