BANTUANBantuan KerajaanGeran Pelancaran

Permohonan Bantuan RM2700 Melalui Program GP JKM

Permohonan bantuan RM2700 boleh dikemukakan melalui program GP dibawah kedalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan pelbagai program bantuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan.

Salah satu inisiatif yang baru diperkenalkan adalah program bantuan GP yang menawarkan bantuan kewangan sebanyak RM2700. Program ini bertujuan untuk membantu individu dan keluarga dalam menjalani kehidupan yang lebih baik.

PROGRAM BANTUAN GERAN PELANCARAN

Kepada yang tidak tahu, JKM telah menyediakan sebuah program bantuan kewangan yang dikenali sebagai Program Geran Pelancaran (GP). Bantuan ini dibuka khusus kepada golongan yang memerlukan dana modal memulakan sesebuah perniagaan.

Bagi mereka yang ingin memohon bantuan RM2700 ini, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Calon pemohon haruslah seorang warganegara Malaysia dan berada dalam kategori B40 atau berpendapatan rendah.

Mereka juga perlu mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara dalam talian atau di pejabat JKM terdekat. Proses ini dirancang untuk memastikan bahawa bantuan tersebut sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

GERAN PELANCARAN

SYARAT LAYAK MOHON BANTUAN RM2700

Untuk memohon bantuan modal perniagaan ini, anda perlu menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut ;

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Individu berumur 18 tahun dan keatas
  • Pendapatan tahunan perniagaan tidak melebihi RM300,000
  • Jenis peniagaan adalah dalam kategori micro / kecil seperti kedai runcit, perniagaan dalam talian dan yang berkaitan
  • Mempunyai akaun bank yang sah dan aktif atas nama pemohon (perniagaan yang diperlukan).

PROSES PERMOHONAN BANTUAN RM2700

Sebelum kemukakan permohonan, anda perlu semak kelayakan yang ditetapkan agar permohonan dapat diluluskan. Untuk daftar permohonan, anda boleh buat secara manual di pejabat daerah atau secara online melalui laman portal rasmi – eBantuan JKM

Setelah borang permohonan dihantar, pihak JKM akan melakukan semakan untuk memastikan kelayakan pemohon. Jika diluluskan, bantuan RM2700 akan disalurkan secara terus kepada pemohon melalui terma yang telah ditetapkan.

Program bantuan GP ini adalah langkah proaktif dalam membantu masyarakat, dan diharapkan dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh ramai individu. Oleh itu, jika anda memenuhi syarat, jangan lepaskan peluang untuk memohon bantuan ini dan dapatkan sokongan yang diperlukan.

KESIMPULAN MAKLUMAT

Sepanjang tahun ini terdapat banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan yang perlu masyarakat tahu. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Back to top button