Pendaftaran Permohonan Program Sijil dan Diploma Kini Dibuka
Pendaftaran permohonan program sijil dan diploma kini dibuka seluruh Malaysia sehingga awal bulan November. Pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah mengumumkan bahawa pendaftaran permohonan untuk program sijil, kolej komuniti, dan diploma politeknik kini dibuka.
Tarikh tutup untuk permohonan ini adalah pada 4 November 2024. Ini merupakan peluang yang baik untuk calon pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka dalam bidang yang pelbagai di institusi yang berbeza.
PENDAFTARAN PERMOHONAN PROGRAM SIJIL
Permohonan kemasukan pelajar bagi sesi 2 tahun 2024/2025 kini dibuka untuk program sijil dan diploma di 36 institusi politeknik serta 103 kolej komuniti. Calon pelajar disarankan untuk mengambil tindakan segera dan mengisi borang permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.
Dengan pelbagai pilihan program yang ditawarkan, calon dapat menemukan kursus yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka. Permohonan dibuka kepada pelajar lepasan sijil pelajaran Malaysia (SPM), lulusan sijil politeknik, sijil komuniti dan sijil vokasional.
PROSES PENDAFTARAN PERMOHONAN
Untuk memudahkan proses pendaftaran, calon dinasihatkan untuk menyediakan semua dokumen yang diperlukan sebelum mengisi borang permohonan. Ini termasuk salinan sijil pendidikan, kad pengenalan, serta dokumen sokongan lain jika ada.
Pihak JPPKK dalam satu kenyataan memaklumkan semua permohonan boleh dibuat secara online melalui e-Borang – MyPolycc . Pastikan anda layari laman web rasmi disediakan untuk maklumat lanjut mengenai syarat kemasukan dan panduan permohonan.