BANTUANBaucar

Panduan Mudah Tebus Kredit Shopee & Lazada RM 400 Februari 2022

Untuk makluman semua baru-baru ini, Pihak Kerajaan telah melaksanakan Program SAVE (Sustainability Achieved Efficiency) 3.0. Melalui Program SAVE 3.0 anda boleh menebus baucar diskaun sehingga RM 400 dalam setiap pembelian barangan elektrik cekap tenaga yang ada.

Pada tahun sebelum telah dilancarkan Program SAVE 1.0 dan 2.0. Tujuan perlaksanaan SAVE 3.0 diteruskan bagi tujuan menggalakan lebih ramai pengguna mendapatkan produk yang yang mempunyai penjimatan tenaga dan secara langsung dapat menjimatkan bil elektrik bulanan.

Maklumat Program SAVE 3.0

Program Bantuan E-Rebat sehingga maksimum RM 400 kepada isi rumah yang ingin membeli barangan cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan cekap tenagayang telah menerima label cekap tenaga 4 atau 5 star daripada pihak suruhanjaya tenaga negara.

Kadar Rebat SAVE 3.0 

Melalui Program SAVE 3.0, kepada setiap isi rumah layak mendapatkan rebat sehingga RM 400 – RM 200 untuk kategori 1 dan RM 350 untuk kategori 2 dengan cara pembelian barangan peralatan elektronik yang mempunyai label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang yang sah.

Syarat Kelayakan SAVE 3.0

Di bawah telah disediakan senarai syarat kelayakan SAVE 3.0 :

  • Berdasarkan pada ‘Fist come first serve basis’ rebat baucar ini hanya terhad kepada 1 akaun sahaja bagi setiap pembelian bagi tahun 2022
  • Kepada penerima baucar SAVE 2.0 yang lalu tidak layak untuk menerima bagi kategori 1 Program SAVE 3.0
  • Penebusan baucar rebat ini boleh dilakukan secara atas talian (online) seperti Lazada, Shopee dan PG Mall dan termasuk pasar raya dan kedai elektrik yang berdaftar
Kategori Rebat SAVE 3.0

Melalui Program rebat ini mempunyai 2 kategori iaitu :

  • Kategori 1 – Penghawa Dingin dan Peti sejuk
  • Kategori 2 – Mesin basuh, periuk nasi, televisyen serta ketuhar gelombang mikro
Cara Mudah Mmebuat Penebusan Rebat SAVE 3.0

Kepada anda yang ingin membuat sebarang penebusan rebat sehingga RM 400 ini, sila ke pautan yang telah disediakan dibawah mengikut platform e-dagang pilihan anda :

  • Jika anda ingin membuat penebusan rebat di Lazada – KLIK SINI
  • Jika anda ingin membuat penebusan rebat di Shopee – KLIK SINI
  • Jika anda ingin membuat penebusan secara manual, boleh rujuk senarai kedai barangan elektrik dan pasaraya yang berdaftar di laman rasmi Saveenergy gov – DI SINI 
  • Bagi secara manula, anda perlu sediakan salinan IC dan bil eletrik bulanan semasa semasa penebusan
Tempoh Sah Penebusan Rebat SAVE 3.0

bagi makluman anda, tempoh penebusan rebat ini di buka sepanjang tahun 2022. Anda boleh membuat penebusan dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.

Bantuan Kewangan Tahun 2022

Jika anda terlepas pandang atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut berkenaan Bantuan yang ada pada tahun 2022 yang anda berkelayakan untuk membuat permohonan. Sila ke Laman Utama yang telah disediakan di – SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button