Site icon Carianterbaru

Panduan Cara Tuntut Bantuan SKK RM 1,000 kepada Penerima BKM 2022

Bagi pengetahuan umum, Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM 2022 telah diperkenalkan untuk tahun ini bagi menggantikan bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi membantu golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana meringankan beban kos sara hidup pada tahun ini.

Ramai yang terlepas pandang, dalam Program Bantuan BKM 2022, terdapat satu lagi bantuan yang ada iaitu Skim Khairat Kematian (SKK) yang mana penerima BKM boleh membuat tuntutan dalam tempoh sepanjang tahun 2022 (1 Januari sehingga 31 Disember 2022).

Informasi Skim Khairat Kematian (SKK)

Skim Khairat Kematian melalui BKM 2022 ialah sebuah bantuan yang boleh dituntut oleh individu waris yang didaftarkan jika individu atau pasangan Warganegara Malaysia yang meninggal dunia dalam tempoh tahun ini iaitu 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.

Kepada penerima yang layak menuntut SKK akan dapat pembayaran sebanyak RM 1,000. Jika ada berlaku musibah yang mengakibatkan kematian ahli keluarga atau kenalan, disarankan menuntut bantuan BKK ini bagi meringankan kos urusan kematian.

Syarat Kelayakan SKK – BKM 2022
Cara Membuat Tuntutan SKK – BKM 2022

Kepada yang memenuhi syarat kelayakan, layak membuat tuntutan SKK. Anda boleh membuat tuntutan sepanjang tahun ini (2022) melalui mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di sekitar tempat anda atau seluruh Negara.

Senarai Dokumen yang Diperlukan

Anda perlu sediakan dokumen penting seperti di bawah bagi tujuan tuntutan :

Maklumat Lanjut 

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan BKM atau senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda membuat sebarang permohonan, Sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Exit mobile version