MyKasihTeknologi dan Aplikasi

Muat Turun Aplikasi MyKasih untuk Semakan Baki Bantuan SARA

Muat Turun Aplikasi MyKasih untuk semakan baki bayaran SARA, senarai barang dan lokasi kedai dan pasaraya berdekatan. Apps Mykasih merupakan satu platform yang direka khas untuk membantu penggunanya dalam menyemak baki bantuan SARA yang diterima.

Dengan pendekatan yang mesra pengguna, aplikasi ini membolehkan penyemakan yang mudah dan pantas tanpa perlu mengunjungi lokasi secara fizikal.

 SILA MUAT TURUN APLIKASI MYKASIH UNTUK KEMUDAHAN

Seperti sedia maklum, pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan inisiatif di bawah Belanjawan 2025. Program SARA memberi manfaat kepada lebih 9 juta penduduk Malaysia terdiri dari kategori bujang, isi rumah dan warga emas.

APLIKASI MYKASIH

Untuk kemudahan inisiatif ini, anda boleh muat turun aplikasi tersebut bagi memberi semakan secara online. Antara fungsi utama aplikasi ini termasuklah semakan baki bantuan, senarai barang yang layak, serta lokasi kedai berdekatan yang menerima bantuan tersebut.

Ini memudahkan penerima untuk membuat pembelian tanpa sebarang kerumitan. Dengan hanya beberapa langkah mudah, pengguna dapat mengetahui info penting mengenai bantuan mereka.

CARA MEMUAT TURUN APLIKASI MYKAS

Untuk memuat turun aplikasi MyKasih, pengguna boleh melayari Google Play Store atau Apple App Store. Carian mudah dengan kata kunci ‘MyKasih’ akan membawa pengguna kepada aplikasi yang tepat.

Setelah memuat turun, ikuti langkah-langkah pendaftaran yang disediakan untuk mendapatkan akses kepada semua fungsi yang ditawarkan. Kesimpulannya, aplikasi MyKasih adalah alat yang berguna bagi penerima bantuan sara untuk memudahkan proses semakan dan membuat keputusan yang lebih baik dalam perbelanjaan harian mereka.

Pastikan anda memuat turunnya hari ini dan manfaatkan segala kemudahan yang ada disediakan. Untuk rujukan langsung, sila kunjungi laman web rasmi Mykasih – https://www.mykasih.com.my/

Nota : Pada 31 Ogos 2025, semua penduduk Malaysia berumur 18 tahun akan menerima bayaran SARA one-off sebanyak RM100 tanpa sebarang kelayakan.

LEBIH INFO BANTUAN

Sepanjang tahun ini kerajaan perpaduan telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Back to top button