Site icon Carianterbaru

Masih Belum Terlambat Untuk Claim Baucar RM 400 Untuk Rakyat Malaysia

Untuk pengetahuan umum, sekiranya anda sedang mencari barangan berbentuk peralatan elektrik, secara tidak langsung anda boleh menebus baucar diskaun sehingga RM 400 melalui Skim Program Sustainability Achieved Efficiency atau lebih sinonim dikenali sebagai SAVE 3.0 dari pihak Kerajaan pada tahun 2022.

PROGRAM SAVE 3.0

Program ini adalah merupakan sambungan daripada program SAVE 1.0 dan 2.0 pada tahun sebelum ini. Program SAVE ini masih diteruskan perlaksanaannya bagi tujuan menggalakan lebih ramai pengguna mendapatkan produk yang menjimatkan tenaga serta sekaligus menyumbang kepada penjimatan bil elektrik bulanan.

Melalui Program SAVE ini, anda boleh menebus / claim sehingga RM 400 baucar diskaun bagi pembelian barangan berbentuk elektrik  (Cekap Tenaga). Program eRebat maksimum RM 400 untuk isi rumah yang membeli barangan elektrik cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi bagi peralatan cekap tenaga yang telah dapat pengiktirafan dan mempunyai label cekap tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga.

KADAR TEBUS SAVE 3,0

Bagi setiap isi rumah yang layak akan menerima maksimum sehingga RM 400 eRebat. RM 200 untuk kategori 1 dan RM 50 hingga RM 200 untuk kategori 2. Untuk makluman, baucar ini hanya boleh digunakan / tebus dengan pembelian barangan perkakas elektrik berlabel kecekapan tenaga 4 dan 5 bintang sahaja.

SYARAT KELAYAKAN SAVE 3.0

CARA CLAIM BAUCAR SAVE 3.0

Sekiranya anda berkelayakan dan ingin menebus baucar eRebat SAVE 3.0 boleh dibuat secara online. Anda boleh terus layari platform e-Dagang yang telah disediakan seperti berikut :

BILA TARIKH AKHIR UNTUK TEBUS SAVE 3.0?

Anda boleh tebus baucar dalam tempoh tahun ini dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2022. Jika anda ingin mengetahui lebih mendalam berkenaan Program SAVE ini, anda boleh layari Portal rasmi Saveenergy – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda terlepas pandang, pada tahun 2022 pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Exit mobile version