Cuti SekolahKPMPendidikan

KPM Umum Cuti Sekolah : Tambahan 3 Hari Sempena Aidilfitri

KPM Umum cuti sekolah : Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan berita baik bagi semua pelajar dan ibu bapa di negara ini. Menjelang sambutan Aidilfitri, KPM telah memutuskan untuk memberikan tambahan 3 hari cuti sekolah.

KPM UMUM TAMBAHAN CUTI SEKOLAH

Ini adalah langkah yang sangat dinantikan oleh ramai, terutamanya mereka yang ingin merayakan hari yang penuh makna ini bersama keluarga dan teman-teman. Pihak KPM telah memaklumkan perlaksanaan 3 hari tambahan cuti sekolah ini akan melibatkan kelompok kumpulan A dan Kumpulan B.

Ini bermakna semua negeri akan menerima manfaat tambahan 3 hari cuti sekolah ini. Berdasarkan kalender, umat islam di negara ini akan menyambut Syawal atau hari raya aidilfitri pada 31 Mac 2025.

Tarikh cuti tambahan sekolah ini akan berkuat kuasa selepas pengumuman rasmi raya aidilfitri nanti. Diharapkan dengan adanya tambahan hari cuti ini dapat membantu persiapan cuti raya dan percutian keluarga.

PERANCANGAN CUTI SEKOLAH

Dengan adanya cuti tambahan ini, ibu bapa dan pelajar disarankan untuk merancang aktiviti mereka dengan baik. Ini adalah waktu yang ideal untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga serta mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Di samping itu, pelajar juga diingatkan agar tidak lupa untuk terus mengulang kaji pelajaran mereka, walaupun dalam suasana perayaan. Segala maklumat berkenaan pendidikan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan tarikh-tarikh cuti sekolah pada tahun ini, sila kunjungi laman rasmi KPM – https://www.moe.gov.my/ sebagai rujukan umum.

Related Articles

Back to top button