Kenaikan Gaji Minimum RM1700 – Belanjawan 2025
Kenaikan gaji minimum RM1700 telah diumumkan secara rasmi oleh kementerian kewangan yang akan berkuatkuasa Februari. Kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu berita penting mengenai gaji minimum.
KENAIKAN GAJI MINIMUM RM1700
Mulai Februari tahun hadapan, kadar minimum bayaran gaji akan dinaikkan dari RM1,500 kepada RM1,700 sebulan. Ini adalah langkah yang menunjukkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup pekerja serta menyesuaikan pembayaran gaji dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Perincian mengenai pelaksanaan gaji minimum baharu ini telah dikongsikan oleh Perdana Menteri Malaysia semasa sidang belanjawan 2025. Kenaikan yang akan berkuat kuasa sepenuhnya pada bulan Februari ini adalah satu indikasi positif untuk ekonomi negara dan juga untuk pekerja yang bergantung pada gaji bulanan mereka.
PENANGGUHAN KENAIKAN GAJI BAGI MAJIKAN KECIL
Di samping itu, terdapat pengecualian bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima orang kakitangan. Bagi kategori ini, pelaksanaan gaji minimum RM1,700 akan ditangguhkan sehingga 1 Ogos 2025.
Ini memberi peluang kepada majikan kecil untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ini tanpa berdepan dengan tekanan kewangan yang berat. Kerajaan berharap langkah ini dapat memberikan keseimbangan antara perlindungan hak pekerja dan kelangsungan perniagaan yang lebih kecil.
Dengan kadar baharu minimum gaji ini, bayaran yang dibayar kepada pekerja adalah dari RM60 – RM100 sehari. Nilai bayaran gaji bergantung kepada bilangan hari bekerja dalam seminggu (4 – 6 hari).
Diharapkan dengan pengumuman dan perlaksanaan kenaikan gaji ini dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Malaysia. Untuk rujukan lebih berkenaan inisiatif yang telah diumumkan, sila layari laman rasmi – BELANJAWAN 2025 untuk info lengkap.