Kategori Baharu Barangan MyKasih Bermula Mei

Kategori baharu barangan MyKasih – Sejak pelancaran inisiatif sumbangan asas Rahmah, banyak perubahan positif dalam kehidupan penerima bantuan. Perlaksanaan kategori baharu barang MyKasih yang diluluskan bagi bulan Mei ini telah diumumkan kepada umum sebagai tambahan inisiatif.
KATEGORI BAHARU BARANGAN MYKASIH
Pembaharuan kategori ini termasuk barang kebersihan rumah, seperti sabun dan serbuk cuci pakaian. Pemberian ini dilihat sebagai satu bentuk bantuan tambahan kepada penerima sumbangan tunai Rahmah (STR) 2025.
Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan penerima di samping memenuhi keperluan asas mereka. Pada bulan Mei ini sekitar 5 juta penduduk Malaysia layak menerima manfaat dari insentif SARA ini.
Bagi penerima bantuan yang telah mendapat sokongan sebelum ini, kemasukan kategori baharu ini merupakan satu berita baik. Sumbangan barang-barang keperluan harian seperti sabun dan serbuk cuci akan membantu meringankan beban kewangan.
Kami berharap agar inisiatif sumbangan tersebut dapat memberi impak yang positif dan dapat diteruskan di masa hadapan. Pada bulan Mei ini, kadar bayaran SARA adalah RM50 – RM200 untuk kategori bujang, isi rumah dan warga emas.
SENARAI KATEGORI BARANGAN ASAS SARA MYKASIH
Berikut adalah senarai terkini barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah melalui ewallet mykad ;
- Beras
- Minyak masak
- Tepung
- Telur ayam
- roti dan biskut
- Mi segera dan makanan dalam tin
- Bahan perasa (sos, kicap, garam dan gula)
- minuman (semua jenis)
- Produk penjagaan diri
- ubat-ubatan dan peralatan sekolah
- barangan kebersihan rumah.
SIAPA LAYAK DAPATKAN BANTUAN MYKASIH MEI INI?
Jika anda merupakan penerima STR pada tahun ini, semakan status bayaran bulan Mei boleh disemak secara dalam talian. Untuk cek sama ada anda layak atau tidak dan berapa nilai bantuan yang anda terima, sila layari laman rasmi – https://www.mykasih.com.my/
Butiran maklumat anda akan dipaparkan pada skrin jika layak menerima insentif ini. Kepada penerima nilai bantuan mykasih ini akan disalurkan secara automatik setiap bulan ke dalam mykad.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.