Kadar Kos Haji 2025 Kategori B40, M40 & T20
Kadar Kos Haji 2025 : Lembaga Tabung Haji (LTH) secara rasmi mengumumkan bahawa akan meneruskan bantuan kewangan haji bersasar pada musim 1446 H atau tahun 2025. Program ini bertujuan untuk membantu bakal jemaah yang merupakan muassasah dan menunaikan ibadah haji buat kali pertama.
BANTUAN KEWANGAN HAJI 2025
Bantuan kewangan haji yang akan disediakan kali ini dianggarkan berjumlah RM260 juta. Ini menunjukkan komitmen LTH untuk menyokong bakal jemaah haji dalam melaksanakan ibadah suci ini.
Dengan bantuan ini, lebih ramai bakal haji akan mendapat peluang untuk melaksanakan rukun Islam kelima ini tanpa beban kewangan yang berat. Sejak penubuhannya, LTH telah mengumpulkan jumlah bantuan yang substansial untuk para jemaah haji.
Dengan bantuan kali ini, jumlah terkumpul kepada lebih RM2.8 bilion dalam tempoh 24 tahun. Ini adalah indikator jelas tentang dedikasi LTH dalam menyediakan kemudahan dan bantuan kewangan kepada semua yang layak dan memerlukan.
KADAR KOS HAJI 2025 MENGIKUT KATEGORI
Bakal jemaah haji Muassasah dari kumpulan B40 yng mendapat bantuan kerajaan akan menerima bantuan kewangan haji dari TH sebanyak RM17,300 seorang dan ditambah bantuan sebanyak RM1,000. Bayaran kos haji bagi seorang jemaah B40 adalah RM15,000.
Manakala bagi bakal jemaah haji M40 pula akan menerima bantuan kewangan berjumlah RM9,800 seorang. Kos bayaran menunaikan ibadah haji bagi seorang untuk kategori ini adalah RM23,500.
Untuk jemaah muassasah kumpulan T20 yang pendapatan mereka minima RM15,000 sebulan, mereka perlu menjelaskan bayaran penuh kos haji sebanyak RM33,300 seorang. Ini merupakan dasar selari dengan perinsip penyasaran bantuan yang sedang dilakukan oleh pihak kerajaan.
SEMAKAN TAWARAN HAJI 2025 & RAYUAN KOS
Untuk makluman umum, surat tawaran haji akan dikeluarkan kepada sekitar 31,600 bakal jemaah bagi tahun 2025. Surat tawaran akan dikeluarkan secara berperingkat mulai 16 Disember 2024 seluruh Malaysia.
Kepada mereka yang ingin membuat rayuan, tarikh permohonan dibuka bermula 26 Disember ini. Untuk panduan lengkap sila layari laman rasmi THiJARI – https://www.thijari.com.my/ sebagai rujukan.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak program, kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan sepanjang tahun 2025. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info selanjutnya.