Jenis Bantuan Suri Rumah Golongan B40 Tahun 2025

Jenis bantuan suri rumah B40 – Dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program bagi membantu golongan wanita. Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif dibawah belanjawan 2025, yang bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada wanita terutamanya suri rumah.
Dengan adanya bantuan ini, diharapkan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga.
BANTUAN KEWANGAN UNTUK SURI RUMAH
Tujuan utama perlaksanaan program bantuan kewangan ini adalah untuk memastikan kelangsungan ekonomi keluarga daripada golongan B40. Suri rumah sering kali berdepan dengan cabaran dalam memenuhi keperluan harian.
Oleh itu, bantuan kewangan ini menjadi satu cara yang efektif untuk memberikan sokongan dan memastikan mereka mendapat akses kepada sumber kewangan yang lebih baik. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan penyertaan wanita dalam ekonomi negara.
Program bantuan kewangan bagi suri rumah B40 yang diperkenalkan di bawah belanjawan 2025 melibatkan pelbagai inisiatif. Antara program utama adalah pemberian subsidi, bantuan tunai, serta khidmat nasihat kewangan.
Ini bukan sahaja membantu dalam pengurusan kewangan, tetapi juga membuka peluang untuk meningkatkan pendapatan melalui aktiviti ekonomi sampingan. Melalui sokongan ini, diharapkan golongan suri rumah B40 dapat lebih berdikari dan stabil dari segi kewangan.
JENIS BANTUAN UNTUK GOLONGAN SURI RUMAH B40
Antara program bantuan suri rumah yang disediakan sepanjang tahun ini adalah seperti ;
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : Bantuan sehingga RM2,500 setahun
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) : Bantuan sehingga RM2,100 setahun
- Insentif I-SURI KWSP : Bantuan kerajaan sehingga RM480 setahun
- Bantuan khas ibu tunggal : Khusus untuk KIR Wanita
- Bantuan barangan keperluan : Bantuan makanan asas dan barangan dapur untuk wanita B40.
APA KRITERIA LAYAK MOHON BANTUAN SURI RUMAH?
Setiap program bantuan telah menetapkan syarat kelayakan berbeza, namun berikut disediakan kriteria asas kelayakan permohonan ;
- Warganegara Malaysia sahaja
- Berstatus wanita merupakan suri rumah atau ibu tunggal
- Pendapatan dibawah RM2,500 sebulan (kategori B40)
- Mempunyai tanggungan berumur 18 tahun kebawah.
CARA MOHON BANTUAN TAHUN INI
Untuk pengetahuan semua, setiap bantuan perlu dimohon mengikut laman web masing-masing. Berikut disediakan laman web rasmi bantuan yang boleh dimohon ;
- Sumbangan Tunai Rahmah – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Sumbangan Asas Rahmah – https://www.mykasih.com.my/
- Kemudahan i-suri KWSP – https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/simpanan/i-suri
- eBantuan JKM – https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
Nota : Setiap permohonan akan melalui proses penilaian bagi memastikan pemohon benar-benar layak menerima bantuan.
LEBIH MAKLUMAT BANTUAN
Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah sediakan banyak program dan inisiatif bantuan untuk memberi manfaat kepada penduduk Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.