Site icon Carianterbaru

Jadual Tarikh Pembayaran Bantuan JKM Bagi Bulan Februari 2022

Untuk sedia maklum, Pihak Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan bertujuan untuk membantu rakyat yang memerlukan serta menjaga kebajikan masyarakat. Menerusi JKM mementingkan 5 faktor iaitu Perlindungan, Pencegahan, Pemulihan, Pengintegrasian dan Pembangunan dalam masyarakat.

Melalui JKM terdapat pelbagai jenis bantuan yang tersedia untuk individu yang berkelayakan menerima bantuan terumata berbentuk kewangan. Bantuan ini turut merangkumi bantuan bagi golongan Warga emas, kanak-kanak serta golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi tahun ini.

Bantuan JKM 2022

Di bawah telah disediakan senarai Bantuan JKM pada tahun ini :

Jadual Tarikh Pembayaran

Untuk pembayaran bantuan JKM bulan Januari telah dikreditkan. Bagi pembayaran bulan Februari adalah bermula Pada Tarikh 9 dan 10 Februari 2022 akan mula dikreditkan.

Kadar Jumlah Bantuan JKM 

Untuk makluman umum, Pembayaran insentif Bantuan JKM bermula daripada RM 150 sehingga RM 1,000 mengikut kategori bantuan yang diterima. Contohnya, Bantuan Kanak-kanak menerima maksimum RM 1,000 untuk setiap 1 keluarga manakala Bantuan Warga emas menerima RM 500 setiap individu.

Panduan Permohonan Bantuan JKM

Untuk pengetahuan semua, permohonan bantuan JKM dibuka sepanjang tahun. Kepada anda yang berminat boleh membuat permohonan melalui 2 kaedah seperti berikut :

Permohonan secara Online – Atas Talian

Permohonan secara Manual – Hadir ke cawangan JKM

Maklumat Tambahan

Jika anda terlepas pandang atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan bantuan yang ada pada tahun 2022 yang anda berkelayakan untuk memohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – DI SINI

 

Exit mobile version