Site icon Carianterbaru

Jadual Tarikh Cuti Sekolah Tambahan KPM Sempena Deepavali

Jadual Tarikh Cuti Sekolah Tambahan KPM Sempena Deepavali

Jadual tarikh cuti sekolah tambahan KPM sempena perayaan Deepavali telah dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

JADUAL TARIKH CUTI SEKOLAH TAMBAHAN OKTOBER INI

Untuk makluman umum, pada bulan Oktober ini terdapat cuti sekolah tambahan sempena perayaan hari Deepavali 2025. Hari cuti umum Deepavali jatuh pada 20 Oktober 2025 bersamaan hari isnin pertengahan bulan ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperuntukan 2 hari cuti sekolah tambahan sempena sambutan perayaan ini. Bagi sekolah-sekolah di negeri Sarawak, mereka akan dapat cuti sekolah tambahan 1 hari sahaja.

Pesta cahaya atau perayaan deepavali ini adalah salah satu hari penting bagi masyarakat hindu di negaara ini. Disambut pada hari ke 14 bulan aipasi dalam kalender tamil, perayaan ini disambut antara bulan Oktober dan November setiap tahun.

Seperti sedia maklum, perayaan ini disambut dengan meriah kerana kaum india merupakan salah 1 dari 3 kaum utama di Malaysia. Semua negeri mengambil cuti umum sempena deepavali kecuali negeri Sarawak sahaja.

TARIKH PENTING CUTI SEKOLAH TAMBAHAN SEMPENA DEEPAVALI

Mengikut kalender tahun 2025, perayaan Deepavali jatuh pada tarikh 20 Oktober 2025 hari isnin. Untuk panduan ringkas dan mudah faham, berikut adalah tarikh penting cuti sekolah sempena perayaan ini :

Kepada yang tidak tahu, berikut dikongsikan negeri-negeri mengikut kumpulan :

Nota : Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah boleh membuat perancangan awal untuk aktiviti sempena cuti sekolah ini. Untuk lebih info berkenaan tarikh-tarikh cuti sekolah KPM, anda boleh layari laman portal rasmi kerajaan di https://www.moe.gov.my/kalendar-akademik

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat banyak program kemudahan dan inisiatif telah disediakan oleh kerajaan sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan, rujuk pada halaman utama!

Exit mobile version