Site icon Carianterbaru

Insentif Kewangan YAT 2022 : Berjumlah RM 250 Sehingga RM 750

Untuk makluman umum, Pihak kerajaan telah mengumumkan pelbagai Insentif bantuan pada tahun 2022 bagi tujuan membantu meringankan beban dan kos sara hidup golongan rakyat yang berpendapatan sederhanan dan rendah.

Terdapat pelbagai Insentif bantuan kewangan telah di perkenalkan oleh pihak Kerajaan atau yayasan pada tahun sebelum ini. Terdapat senarai insentif kewangan baru di perkenalkan tahun 2022 dan juga terdapat pakej bantuan yang sudah lama di perkenalkan dan masih di teruskan pada tahun ini.

Insentif Bantuan Kewangan YAT antara salah satu Bantuan lama yang masih di teruskan pada tahun ini. Ramai yang tidak tahu mengenai bantuan YAT dan terlepas pandang. Di sini kami kongsikan maklumat secara terperinci mengenai Program Bantuan Ihsan YAT yang anda perlu tahu untuk membuat sebarang permohonan kelayakan.

Info Mengenai Insentif Kewangan YAT 

Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga atau dikenali sebagai YAT telah diperkenalkan oleh Pihak Yayasan Amal Tenaga di bawah Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

Bantuan ini terbuka kepada semua keluarga yang mempunyai anak bersekolah di sekolah menengah, sekolah rendah mahupun penuntut Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi secara sepenuh masa yang di iktiraf.

Kelayakan Dan Pembahagian Insentif

Bantuan YAT ini hanya untu keluarga yang tidak pernah dapat sebarang bantuan atau biasiswa dari pihak lain semasa tahun 2021 dan satu keluarga hanya layak mendapatkan salah satu bantuan di atas.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan ini telah mula di buka bagi tahun 2022, anda di syorkan membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 15 Febuari 2022.

Panduan Mudah Permohonan
  1. Anda boleh dapatkan borang permohonan Insentif YAT di pautan – BORANG YAT
  2. Semua salinan penyata gaji dan salinan dokumen berkenaan semasa telah di sahkan oleh pihak Ketua Jabatan Tuan/ Puan untuk tujuan pengesahan maklumat yang akan dicatat
  3. Kepada penutut Institusi Pengajian Tinggi atau Universiti , anda perlu sertakan bersama borang permohonan dan surat pengesahan dari pihak pengajian anda
  4. Sila hantar Borang permohonan secara melalui Pos atau terus Pejabat Yayasa Amal Tenaga berdekatan. Sebarang permohonan melalui Fax, e-mel atau aplikasi whats app tida akan dilayan sama sekali
  5. Hanya Cawangan Bank yang terpilih sahaja seperti CIMB Bank, MayBank, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Islam dan Public Bank yang di terima.

Sediakan maklumat lengkap dan dokumen penting semasa permohonan. Semoga Pihak anda layak menerima bantuan YAT.

Maklumat Lanjut

Jika anda terlepas pandang atau ingin mengetahui mengenai Senarai Bantuan yang di lancarkan Pihak Kerajaan pada tahun 2022, anda boleh terus layari Portal Rasmi – DI SINI

Exit mobile version