Untuk sedia maklum baru-baru, ramai pencarum KWSP meminta agar Pihak KWSP melaksanakan pengeluaran terakhir RM 10,000 secara one-off bagi membantu membaik pulih ekonomi yang rata-rata terjejas kerana pendemik Covid-19.
Bagi sementara menunggu pengumuman rasmi dari Pihak Kerajaan mengenai Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP sebanyak RM 10,000 secara one-off, Pihak Kerajaan telah melanksanakan skim pengeluaran kewangan melalui I-Sayang KWSP.
Pengenalan I-Sayang KWSP
Program I-Sayang adalah merupakan salah satu skim pengeluaran Kemudahan KWSP yang terbaru yang telah diperkenalkan pada bulan November 2021 yang lalu oleh Pihak Kerajaan Malaysia.
Menerusi Kenyataan rasmi pengerusi KWSP berkata, Pengeluaran kemudahan I-Sayang membolehkan pencarum membuat pemindahan secara sukarela ke dalam akaun isteri sebanyak 2%.
Skim kemudahan ini dilaksanakan bagi tujuan agar sentiasa memastikan penjagaan kesejahteraan rakyat dalam simpanan kewangan pada masa akan datang.
Kadar Bayaran
Di bawah telah di sediakan jumlah bayaran melalui skim pengeluaran kemudahan I-Sayang KWSP :
- Kadar bayaran yang akan diterima oleh pihak isteri sebanyak 2%
- Pemindahan caruman secara sukarela ke akaun isteri daripada akaun suami
- Kepada mana-mana pencarum yang ingin membuat caruman sukarela secara berlebihan boleh membuat permintaan kepada majikan dalm meningkatkan caruman kepada 11% dan Pihak KWSP juga menyokong.
Tarikh Pembayaran
Untuk makluman anda, pembayaran skim pengeluaran kemudahan I-Sayang KWSP akan dilaksanakan pada Suku Pertama tahun 2022. Buat masa ini, belum ada tarikh rasmi pembayaran kemudahan I-Sayang KWSP. Segala maklumat berkenaan I-Sayang KWSP akan dikemaskin dari masa ke semasa.
Cara Membuat Permohonan
Buat masa kini, borang permohonan belum dikeluarkan oleh Pihak KWSP, sebarang maklumat berkenaan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Semenjak dua tahun Negara Malaysia dilanda pendemik, Pihak Kerajaan telah meumumkan pelbagai Bantuan tambahan khusunya berbentuk kewangan bagi tujuan membantu meringakan kos sara hidup rakyat yang memerlukan, lebih-lebih lagi kepada golongan yang berpendapatan rendah. Jika anda terlepas pandang atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda membuat sebarang permohonan, sila ke Laman Utama senarai Bantuan yang telah disediakan – KLIK DISINI