i-CeriaKWSP

i-Ceria : Pengumuman Kemudahan Pengeluaran Wang KWSP

Sejak kebelakangan ini, isu berkenaan pengeluaran KWSP secara one-off RM 10,000 masih hangat diperkatakan dan dituntut oleh para pencarum KWSP. Hingga hari ini, masih ramai yang mengharap pengeluaran KWSP ini akan dilaksanakan untuk kali terakhir secepat yang mungkin.

Pengeluaran kali terakhir ini perlu diberikan kepada yang memerlukan dan pengeluaran bergantung kepada jumlah simpanan masing-masing bagi membantu meringankan kos pembelanjaan dalam situasi pasca pendemik pada tahun ini.

Tuntutan ini bagi tujuan dapat memastikan permintaan rakyat Malaysia dipenuhi, lebih-lebih lagi kepada mereka yang terjejas dan bergelut dalam kesusahan akibat pendemik Covid-19 yang masih melanda negara.

Malah, terdapat kalangan rakyat Malaysia yang keperluan mendesak untuk menggunakan sebahagian wang simpanan persaraan mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Lebih memeritkan, baru-baru ini bencana banjir melanda sebahagian tempat di dalam negara. Perkara seperti ini sudah tentu merencatkan perjalanan mereka yang baru saja memulakan fasa kehidupan pada tahun ini. Keadaan mereka yang terjejas ini sudah tentu sangat memerlukan pengeluaran KWSP, dan boleh di ibarat sebagai ‘sudah jatuh ditimpa tangga’

Sebagai Pihak Kerajaan yang mendengar dan memahami suara rakyat yang memerlukan, kemudahan i-Ceria perlu dilulus dan dilaksanakan bagi dapat membantu rakyat yang memerlukan dan agar senyum dapat terukir kembali pada setiap wajah ‘Keluarga Malaysia’

Sementara itu, wakil PAS (Pasir Mas) Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau menyokong tuntutan pengeluaran secara one-off RM 10,000 simpanan KWSP dan menjelaskan pihaknya menerima beberapa memorendum sebagai pihak agar ia dibenarkan secepat mungkin dan memberi makna bagi ‘Keluarga Malaysia’

Ramai yang faham KWSP ini ialah simpanan untuk masa hadapan (hari tua).  Bercakap tentang hari tua tetapi rakyat berkata tentang hari ini, apa yang mereka perlukan .

Diharapkan kemudahan pengeluaran KWSP ini diluluskan dan dilaksanakan secepat mungkin agar para pencarum dapat membantu meringakan beban dan keperluan pada zaman pendemik yang masih melanda negara.

Bantuan Kewangan 2022

Jika anda ingin semak bantuan khusunya berbentuk kewangan Kerajaan pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke laman utama yang telah disediakan.

Related Articles

22 Comments

  1. Harap dpt dilaksana kn secepat mungkin..ramai yg mengalami keperitan hidup dlm masa 2tahun kebelakangan ini. Dibuang kerja akhir 2020..duit simpanan semakin susut. Harap mendengar rintihan rakyat.

  2. Harap dpt dilaksana kn secepat mungkin..ramai yg mengalami keperitan hidup dlm masa 2tahun kebelakangan ini. Dibuang kerja akhir 2020..duit simpanan semakin susut. Harap mendengar rintihan rakyat.

  3. Harap dapat laksana dengan secepatnya program i-ceria kerana kami sebagai rakyat sangat terdesak dengan ekonomi yang semakin galak, harga pasaran semakin tinggi serta segala jenis perbelanjaan sangat mahal. Semoga dengan adanya program ini kami dapat melunaskan pinjaman tertunggak serta dapat menampung belanja bulanan.

  4. Harap dapat laksana dengan secepatnya program i-ceria kerana kami sebagai rakyat sangat terdesak dengan ekonomi yang semakin galak, harga pasaran semakin tinggi serta segala jenis perbelanjaan sangat mahal. Semoga dengan adanya program ini kami dapat melunaskan pinjaman tertunggak serta dapat menampung belanja bulanan.

  5. Rakyat yg susah dan mempunyai baki yg cukup untuk 10k one off itu memang memerlukan . Tolong luluskan secepat mungkin . Dah tak ada jalan lain dah .

  6. Rakyat yg susah dan mempunyai baki yg cukup untuk 10k one off itu memang memerlukan . Tolong luluskan secepat mungkin . Dah tak ada jalan lain dah .

    1. Sy berharap dapat la keluar I ceria on off 10.000k,tuk kelangsung hidup dah la kena COVID-19 2kali,nak harap clim my Salam bukannya sng,nak lak Sy ibu tungal,perlukan sgt duit tuk kelangsung hidup dgn anak2,n perlu bayar sewa umah,n lain2

    1. Sy berharap dapat la keluar I ceria on off 10.000k,tuk kelangsung hidup dah la kena COVID-19 2kali,nak harap clim my Salam bukannya sng,nak lak Sy ibu tungal,perlukan sgt duit tuk kelangsung hidup dgn anak2,n perlu bayar sewa umah,n lain2

  7. Kami harap sangat2 i ceria kali dapat dilaksana kan sebap kami sangat2 terdesak kerana ingin melunaskan hutang2 yang tertunggak…

  8. Kami harap sangat2 i ceria kali dapat dilaksana kan sebap kami sangat2 terdesak kerana ingin melunaskan hutang2 yang tertunggak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button