Hari Cuti Sekolah Tambahan Sempena Deepavali 2024
Hari Cuti sekolah tambahan sempena perayaan Deepavali telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pengumuman tersebut dibuat bagi memberi peluang kepada pelajar untuk menyambut perayaan ini dengan penuh meriah.
HARI CUTI SEKOLAH TAMBAHAN
Hari Raya Deepavali dijadualkan jatuh pada 31 Oktober 2024, dan cuti tambahan ini bertujuan untuk memastikan pelajar dapat menikmati perayaan. Dalam pengumuman yang dibuat, KPM telah mengesahkan bahawa cuti tambahan akan diberikan kepada semua pelajar di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Ini adalah langkah yang baik bagi memastikan semua pelajar mempunyai masa yang cukup untuk bersiap sedia serta merayakan aktiviti bersama keluarga. Bagi kebanyakan keluarga, Deepavali adalah saat yang istimewa, dan cuti sekolah tambahan ini memberikan peluang kepada anak-anak untuk terlibat dalam tradisi dan budaya keluarga masing-masing.
Cuti sekolah tambahan tahun ini dipecahkan kepada 2 kategori iaitu A dan B :
- Kategori A : Sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
- Kategori B : Sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah, Perlis, Perak, Labuan dan wilayah persekutuan Putrajaya.
Berikut adalah tarikh penting cuti sempena perayaan Deepavali pada penghujung bulan ini ;
- Hari Rabu (30 Oktober 2024) – Cuti tambahan KPM bagi kategori A
- Hari Khamis (31 Oktober 2024) – Cuti sekolah KPM bagi kategori A dan B
- Hari Jumaat (1 November 2024) – Cuti tambahan KPM bagi kategori B kecuali negeri Sarawak.
Nota : Negeri Sarawak sahaja yang tiada cuti sekolah tambahan.
Dengan adanya cuti tambahan ini, diharapkan pelajar dapat menghargai dan memahami makna Hari Raya Deepavali. Sebagai masyarakat pelbagai budaya, adalah penting bagi kita untuk meraikan kepelbagaian yang ada dan menghormati perayaan masing-masing.
Marilah kita sama-sama meraikan Deepavali dengan semangat yang positif dan harmoni, serta menjadikan ia sebagai pengalaman yang berharga bagi generasi akan datang.
LEBIH MAKLUMAT
Bagi pengetahuan umum, pada tahun ini pelbagai program, kemudahan dan inisiatif telah disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Sila lihat insentif-insentif yang ada pada tahun ini dan boleh didapatkan – SEMAK DISINI untuk info selanjutnya.