BANTUAN

E-Start 2022: Cara Tebus Bantuan E-Wallet – RM 150 Seorang

Dalam perancangan Bajet 2022 , Bantuan E-Wallet termasuk dalam senarai Bantuan untuk seluruh warganegara Malaysia. Bantuan E-Wallet juga akan mula dibahagikan pada awal tahun 2022 iaitu pada bulan Januari 2022. Bantuan ini salah satu inisiatif dari pihak Kerajaan untuk sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban rakyat.

Secara tidak langsung dengan adanya Bantuan E-Wallet ini dapat meningkatkan kemajuan dan ekonomi dalam negara kerana dimasukan secara atas talian (E-Wallet)

Kepada anda yang layak untuk mendapatkan bantuan ini boleh ikuti cara untuk menebus Bantuan E-Wallet RM 150 di bawah

Syarat Kelayakan Bantuan E-Wallet 2022

Ada tiga syarat wajib untuk layak menebus Bantuan E-Wallet 2022:

  • Mestilah Warganegara Malaysia
  • Berumur sekitar 18 hingga 20 tahun
  • Keutamaan untuk pelajar IPT Awam dan Swasta
Jumlah Bayaran Bantuan E-Wallet 2022

Jumlah bayaran Bantuan E-Wallet 2022 adalah sama seperti bayaran tahun sebelum iaitu 2021:

  • Seorang mendapat RM 150
  • Semua pembayaran Bantuan E-Wallet akan dilakukan secara one-off

Semua pembayaran Bantuan E-Wallet akan diberikan secara atas talian melalui aplikasi di telefon pintar penerima Bantuan ini. Di bawah adalah senarai aplikasi yang boleh digunakan untuk menebus Bantuan E-Wallet 2022:

  1. Touch N Go
  2. ShopeePay
  3. Boost
  4. BigPay

Nota Penting : Tarikh pembayaran Bantuan E-Wallet 2022 dijangka pada awal bulan mei sama seperti tahun sebelum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button