E-Dompet adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kredit percuma berjumlah RM200 yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Untuk maklumat umum, pada sidang pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawan bantuan khas ini akan dilaksanakan pada tahun ini.
BANTUAN E-DOMPET KREDIT PERCUMA
Pihak kerajaan telah menjenamakan semula bantuan e-dompet pada tahun ini kepada kredit e-tunai belia rahmah. Apa yang menarik adalah kadar bayaran telah dinaikkan sebanyak RM200 berbanding tahun lalu RM150 kepada golongan B40 dan M40.
Perlaksanaan program bantuan khas ini adalah bertujuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terdiri dari golongan belia. Selain daripada ini secara tidak langsung dapat memupuk budaya pembelian tanpa tunai pada tahun ini.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut ada beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan bagi bantuan khas ini seperti dibawah :
- Golongan Belia
- Berumur 18 – 20 tahun
- Diperluaskan kepada golongan mahasiswa tanpa mengira had umur
- Warganegara Malaysia sahaja
KADAR BANTUAN
Melalui program bantuan khas e-dompet ini, mereka yang berkelayakan akan menerima insentif khas ini pada kadar :
- RM200 seorang
TARIKH BAYARAN
Baru-baru ini Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa pemberian bantuan e-dompet akan mula dilaksanakan pada Jun 2023 (bulan ini). Dijangkakan akan mula dibuka permohonan pada pertengahan atau hujung bulan.
Nota : Bantuan e-dompet telah diperkenalkan pada sidang pembentangan BELANJAWAN 2023
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat terkini berkenaan bantuan khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sambil menunggu, tahukah anda pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat pada tahun ini.
Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada waktu ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.