BANTUANBKKJKMKanak-kanak

BKK : Bantuan Tunai RM1000 Dikreditkan Setiap Bulan

BKK : Bantuan Tunai RM1000 dikreditkan setiap bulan kepada mereka yang menepati kelayakan dan memerlukan pada tahun ini.

Seperti sedia maklum, pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan dibawah Belanjawan 2024.

BKK : BANTUAN TUNAI SEHINGGA RM1000 SEBULAN

Kerajaan menerusi agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan sebuah program inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Kanak-Kanak. Program BKK ini masih terus dilaksanakan pada tahun ini bagi mengurangkan beban rakyat.

Bantuan khas BKK ini adalah insentif bulanan dibawah kendalian sepenuhnya pihak JKM pada tahun ini. Program skim bantuan BKK ini diperkenalkan adalah bagi membantu keluarga/ penjaga kepada kanak-kanak/ anak yang tiada/ kehilangan penjaga.

Dengan adanya insentif bulanan BKK ini dapat mengurangkan beban keluarga bagi meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan serta perkembangan anak mengikut peringkat usia.

PECAHAN KADAR BANTUAN TUNAI BKK 2024

Pihak kerajaan telah menetapkan kadar pembayaran bantuan tunai BKK minima RM150 sehingga maksimum RM1,000 sebulan. Pecahan kadar bantua adalah mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah : RM200 seorang
  • Kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 18 tahun : RM150 seorang
  • Jumlah maksimum untuk 1 keluarga : RM1,000 sebulan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI BKK

Antara beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan dalam program BKK adalah seperti :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK)
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun dan kebawah
  • Remaja berumur diatas 18 tahun boleh dipertimbangkan jika masih bersekolah sehingga tamat menengah atas.

LANGKAH CARA MEMOHON BANTUAN BKK

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan bantuan khas ini boleh dikemukakan bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Panduan lengkap langkah cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BKK (JKM)

Bagi memudahkan urusan pentadbiran dalam proses semakan permohonan, pemohon disarankan sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan.

INFO LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button