Semakan Subsidi BUDI95 kini dibuka kepada ramai yang ingin ketahui status kelayakan & baki kuota RON95 yang boleh ditebus.
SEMAKAN STATUS SUBSIDI BUDI95 DIBUKA!
Untuk makluman umum, bermula hari ini setiap individu boleh membuat semakan status kelayakan untuk dapatkan subsidi BUDI95. Bermula 30 September ini kadar harga subsidi minyak petrol RON95 adalah RM1.99 seliter.
Bagi harga pasaran minyak petrol RON95 untuk bukan warganegara Malaysia tanpa subsidi adalah RM2.60 seliter. Peruntukan minyak subsidi petrol ini bagi setiap individu adalah sebanyak 300L sebulan.
Baki kuota tersebut boleh disemak melalui resit atau aplikasi seperti setel, petron, Caltexgo dan Touch N Go. Semakan status kelayakan subsidi BUDI95 dibuka bermula 25 September 2025 seluruh negara.
CARA MUDAH SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI BUDI95
Bermula hari ini semua rakyat Malaysia berumur 16 tahun keatas boleh membuat semakan kelayakan subisidi RON95. Panduan mudah semak status kelayakan telah disediakan seperti di bawah :
- Layari laman portal rasmi https://www.budi95.gov.my/
- Klik pada butang ”Semak Kelayakan Individu”.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan disediakan.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan pada skrin.
Anda juga boleh membuat semakan BUDI95 melalui aplikasi Setel, CaltexGo atau TNG selepas verifikasi indentiti mengguna mykad dilakukan.
Syarat kelayakan penerima subsidi petrol Ron95 :
- Warganegara Malaysia yang sah.
- Berumur 16 tahun dan keatas.
- Memiliki lesen memandu Malaysia (LMM).
Perlaksanaan subsidi bersasar ini akan mula berkuat kuasa 30 September ini di seluruh stesen minyak dalam negara. Pastikan anda membuat semakan kelayakan sebelum tarikh tersebut bagi memastikan anda benar-benar layak untuk inisiatif ini.
PENGGANTIAN CIP MYKAD ROSAK PERCUMA
Kepada yang terlepas pandang, selepas 30 September setiap pengisian minyak RON95 memerlukan semakan mykad untuk menebus harga subsidi. Jika cip mykad anda rosak, penggantian perlu dilakukan di mana-mana Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Sehingga 7 Oktober 2025, penggantian cip mykad yang rosak diberikan secara percuma. Kepada yang berkenaan jangan lepaskan peluang untuk tukar ganti cip mykad yang baru.
Untuk semak pelbagai tawaran kemudahan dan inisiatif bantuan yang disediakan oleh kerajaan sepanjang tahun ini, sila rujuk di halaman utama!